Mini Parlimen pada sambutan kemerdekaan 1980-an

Tinggalkan komen

Ogos 31, 2008 oleh zamrimohamad


Apabila tibanya sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos, ia akan membuat saya tersenyum. Adakalanya ketawa sendiri dan geleng kepala. Tarikh 31 Ogos membawa saya kembali kepada peristiwa yang saya lalui pada zaman kanak-kanak ketika berumur lima tahun. Sekitar tahun 1986, kanak-kanak yang memasuki tadika Kemas sekitar Kuala Lumpur akan dipilih bagi meraikan sambutan kemerdekaan dalam dua acara. Pertama, terlibat dalam rancangan mini Parlimen. Kedua, berarak di Dataran Merdeka.

Kami diberi uniform berwarna putih dan songkok. Seingat-ingat saya pakaian itu dipakai apabila menghadiri majlis rasmi melibatkan YDP Agong. Ia dikenali sebagai baju istiadat atau uniform Parlimen. Sama seperti apa yang dipakai oleh YB Zulkifli Noordin dalam gambar di atas. Pakaian yang dipinjamkan kepada kami wajib dipakai sepanjang rakaman Mini Parlimen dan pada hari perarakan.

Baju istiadat ini pernah menjadi isu apabila dibangkit oleh YB Zulkifli Noordin pada tahun 2006. Katanya, harga sepasang pakaian itu bagi seorang ahli Parlimen berjumlah RM1,500. Harga bagi baju dan seluar sahaja membabitkan harga RM700 manakala ‘appollete & geogette’ yang terletak di bahu dan kolar baju berharga kira-kira RM600.00. (klik di sini)

Kembali kepada cerita Mini Parlimen.

Saya sendiri tidak sedar bahawa kami akan melalui sesi rakaman yang dilakukan di sebuah dewan yang terletak di dalam kawasan bangunan yang saya sangkakan Parlimen. Seingat saya di ruang legar, terdapat tangga putih separuh bulat menuju ke atas yang dihamparkan dengan permaidani merah.

Sama ada saya tidak begitu peduli dengan apa yang berlaku atau saya lambat menangkap apa yang cuba disampaikan oleh guru pengiring kami, saya mengikut sahaja apa disuruh.

Persidangan Mini Parlimen persis sidang dewan yang kita tonton setiap hari. Kami bebas membuka apa sahaja topik dan mana-mana ahli dewan berhak bersuara dengan izin Speaker Dewan. Seorang lelaki kerdil berusia sekitar akhir 40-an dipilih memegang peranan itu. Bersungguh-sungguh Speaker Dewan mengatur perjalanan persidangan sepanjang dua jam.

Apa yang saya lakukan selama dua jam ketika ahli dewan lain sibuk bersidang dan bergaduh-gaduh lisan.

Saya tidur.

Satu Malaysia pada 31 Ogos 1985 melihat saya tidur!

Sudahlah tidur, ketika mengangkat ikrar satu Malaysia melihat saya mengangkat ikrar dengan tangan kiri!

Semuanya gara-gara ibu jari kanan saya tercedera selepas saya meletakkan keris plastik berharga enam puluh sen yang sudah cair di atas tangan. Permainan keris plastik itu saya panaskan menggunakan api pelita di kampung tiga hari sebelum itu.

1 September, halaman hadapan akhbar New Strait Times menyiarkan wajah pelajar tadika Kemas cawangan Hospital Besar Kuala Lumpur bersama Tun Dr Siti Hasmah.

Maaf Tun Dr Siti Hasmah, saya bersalam dengan beliau pun dengan tangan kiri.

Aduhai, merdeka!

Mungkin Tom-Tom Bak dapat digantikan dengan Mini Parlimen semula.


Baca ucapan Tun Dr Siti Hasmah dalam pelancaran Mini Parlimen 1986 di sini.

Baca cerita lain mengenai Mini Parlimen di sini
Mr & Mrs Imran

Nota: Mini Parlimen dihentikan untuk beberapa tahun lamanya selepas pertengahan tahun 1990-an. Hari ini, perarakan kontinjen pra sekolah sudah diwujudkan semula. Mungkin Mini Parlimen juga boleh diadakan semula.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,009 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: