MPH dan PTS berganding sambut merdeka

Tinggalkan komen

September 3, 2008 oleh zamrimohamad



Cik Puan Farhana Yaacob adalah wartawan yang sangat mendukung perjuangan memandaikan bangsa melalui karya-karya bahasa Melayu. Melalui akhbar Sinar Harian, beliau membuat liputan dalam pelbagai aktiviti komuniti setempat. Kali ini beliau membuat liputan mengenai program bicara buku beberapa rangkaian kedai buku MPH yang melibatkan beberapa penulis tempatan.

Liputan kali ini menarik apabila dalam banyak-banyak gambar, gambar Tuan Imran Yusof bersama anaknya dipilih untuk dimuatkan dalam berita ini. Tuan Imran Yusof adalah penulis Tip-tip Poligami. Apabila saya perkenalkan beliau kepada abang dan kakak ipar saya, kakak ipar saya mendepangkan tangan kanannya menutup mata abang saya sambil berkata, “Jom abang.” Tetapi itu gurauan sahaja.

Buku kedua beliau berjudul Meredah Samudera sangat relevan dengan isu yang timbul sejak seminggu dua ini. Kisah lanun yang menawan kapal milik negara di perairan Somalia merupakan salah satu cabaran kerjaya maritim. Semoga Allah memberi pertolongan kepada anak-anak kapal yang dijadikan tebusan.

Gambar dalam akhbar Sinar Harian bertarikh 2 September 2008 mempunyai nilai berita tersendiri. Ia menunjukkan foto Tuan Imran bersama-sama anaknya yang terlibat mendeklamasi sajak di MPH Alamanda Putrajaya. Ini adalah foto sulung beliau di media sebagai penulis di bawah payung PTS.

Terima kasih kepada Cik Puan Farhana atas paparan istimewa ini.

Ingin terbit buku sendiri? Klik di sini.
8 Ikon Jutawan tempatan ditemuramah Irfan Khairi. Baca di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: