Dedikasi kepada Fadzil Yusof

1

September 9, 2008 oleh zamrimohamad


Beliau bermula sebagai sahabat kemudian menjadi guru saya. Menjadi rakan sebilik sepanjang pengajian kami di UIAM. Almarinya penuh dengan buku-buku puisi dan sastera. Novel dalam bahasa Arab, Inggeris dan Melayu disusun elok dalam almari itu. Kiranya almari pakaian sudah tidak sesuai untuk disimpan baju dan seluar. Ia sudah menjadi almari buku.
Pada waktu malam kami duduk bersama, beliau bercerita mengenai tokoh-tokoh sasterawan dalam dan luar negara. Bercerita mengenai karya, ideologi, falsafah hidup dan perjalanan mata pena mereka. Beliau menunjukkan karya-karya pemenang hadiah Nobel, Orhan Pamuk, Naguib Mahfouz, Gao Xingjian, V. S. Naipaul dan beberapa nama lagi sebagai tanda perkenalan. Beliau orang yang memperkenalkan saya kepada karya-karya lanjut terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kegilaan berbelanja ke atas karya menjadi-jadi apabila semakin makin banyak toko buku kami temui.

Beliau juga orang yang menjadi sahabat pertama yang menghadiahkan beberapa buku kesayangannya. Semuanya dibalut kemas dan diletakkan atas kedua belah tapak tangan ini. Meskipun mindaku tumpul sastera, layak dipanggil buta budaya dalam karya, dia mencerahkan perjalanan itu. Kekaguman dan hormatku kepada sastera menumbuh.

Meskipun beliau menjadi guru terawal saya dalam pengkaryaan secara serius. Saya menjadi murid yang berbeza hasilnya. Beliau dengan sentuhan tulisan penuh seni dan keindahan. Manakala saya berkarya atas dasar penjernihan minda dengan kemahiran hidup dan logik. Kami berbeza aliran tetapi cuba mencapai matlamat sama. Memandaikan bangsa dengan karya yang baik menjadi asas perjuangan kami.

Terima kasih saudaraku, guruku, sahabatku Fadzil Yusof. Salam Ramadan kepadamu teman.

Laman blog Fadzil Yusof

Jam di tangan
Satu Medium

One thought on “Dedikasi kepada Fadzil Yusof

  1. darwis berkata:

    seorg yg pnh enthusiasma semasa membicarakan perihal buku n penulisan, segala puisi yg indah2 n memberangsangkan spt ada saja terkumpul di benaknya.adakalanya sy menganggap dia sbgai ensiklopedia sastera yg begitu mudah utk sy akses maklumat.darinya sy berkenalan dgn derek walcott, drnya jg sy mula berkawan dgn rabindranath tagore.drnya jg sy menyelam ke dunia realism magis bertemankan gabriel garcia marquez.

    kiranya bukan anda shj yg dilimpahkan rahmat bertemu sorg fadzil yusof. anda zamri, telah berlari ke depan dgn percikan semangatnya, sy baru di ambang pintu. tp kita bermula pd titik yg sama, perkenalan dgn sorg yg begitu istimewa..

    sy masih igt, pertama kali membicarakan tntang buku dgnnya, sy sprti terlopong sambil dia dgn mata bercahaya memancarkan ghairah yg sukar sy ungkap,dan kata2 yg keluar itu spt dia telah lama menggeluti cintanya pd buku.itulah semangatnya yg makin mencambahkan minat sy yg sudah sedia ada.

    buku2 pemberiannya byk dlm sempanan sy, stiap kali terpandang, ada byk rs berbaur dlm hati.dia sntiasa menggalakkan utk menulis.apa saja, menulislah.

    terima kasih. sy sprtimana anda, sgt2 berterima kasih kpdnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: