Satu cerita di SRK Jalan Kuantan 1989-91 : Dedikasi kepada rakan-rakan dan juniorku

28

September 22, 2008 oleh aliman


Apakah nostalgia kita ketika menyambut Eid pada zaman persekolahan?

Ketika saya bersekolah di SRK Jalan Kuantan, Kuala Lumpur, ada beberapa memori menarik. Saya kira ada yang masih diamalkan sehingga kini.

Para pelajar sekolah akan dikumpulkan di gelanggang badminton dari darjah satu hingga darjah enam. Para pengawas mengedarkan salinan lagu Selamat Hari Raya kepada semua. Baik Melayu, Cina dan India akan menyanyikan lagu itu bersama-sama. Kertas salinan lirik itu menggunakan kertas warna coklat, kami namakan kertas gelek.

Pengetua akan memberikan ucapan dan nasihat (yang cepat dilupakan kurang 24 jam). Tetapi nama mereka masih saya ingat, Mr Chandran dan Puan Kamariah. Nama Puan Kamariah mudah saya ingati kerana ia memudahkan saya menghafal hukum tajwid iaitu alif lam Qamariah apabila ustazah mengajar.

Malah saya pernah tersesat di taman perumahan di Setapak dan sesat betul-betul di hadapan rumahnya. Maka saya dan sahabat saya bernama Lutfi paksa rela beraya di rumah Puan Kamariah yang terkenal dengan kegarangannya.

Kita sambung cerita semula.

Kami akan beratur mengikut darjah masing-masing. Bersalam-salaman dengan semua guru. Selesai bersalam-salaman. Acara bersalam-salaman dengan para pelajar sekolah. Disebabkan ini bukan sekolah agama (para pelajar sekolah agama bakal beristigfar membaca entri ini), maka pelajar perempuan akan bersalaman dengan pelajar lelaki. Itu pun dipilih-pilih siapa yang dia suka siapa yang tidak. Golongan terpinggir atau loser akan duduk di tingkap memandang. Persis kumpulan pra-gengster di sekolah (macam cerita diri sendiri sahaja).

Salah satu saya ingat adalah Ida Mashani, anak pegawai polis. Dengan baju kurung putih dan selendang putih, saya kira pada ketika itu jika lagu Ayu nyanyian V.E sudah dicipta, memang beliaulah yang akan jadi fokus para pelajar lelaki. Ida akan membalut tangannya dengan selendang putih dan bersalam. Aduhai, zaman kanak-kanak yang jahil. Tetapi zaman itu kami tidak didedahkan dengan konsep kejahilan. Perkataan jahil pun tidak pernah dengar.

Di mana beliau sekarang? Oh sekarang sudah bergelar Puan Ida berkahwin dengan pelajar lelaki yang dikenali ketika zaman sekolah menengah. Mereka bertemu di Perak dan mendirikan rumahtangga tahun lalu. Puan Ida kini adalah juru x-ray di Hospital Ipoh. Jika Puan Ida membaca entri ini, saya masih menantikan koleksi gambar untuk saya pinjam dan scan. Realitinya, saya tidak ada satu pun gambar ketika zaman sekolah rendah. Tidak ada satu pun.

Kelas kami dalam sambutan pra Aidilfitri ini pasti tidak meriah tanpa seorang pelajar perempuan lagi. Beliau mempopularkan kelas kami kerana kakaknya seorang selebriti. Norsham Rahmat atau dikenali dengan nama popularnya Betty Rahmat. Beliau adalah adik kepada Erma Fatima dan Umie Aida.

Betty Rahmat menggilai set alat tulis Garfield. Dari buku, pensil warna sehinggalah beg semuanya wajah Garfield. Beliau bertambah popular di sekolah kerana berlakon dalam filem Pengantin Popular. Ketika itu dunia hiburan melihat Ogy Datuk Ahmad Daud, Erma Fatima dan Eman Manan dalam skandal cinta yang berjaya dijadikan bahan hiburan ketika itu. Selain itu cerekarama Bong (bukan musim baru) pertengahan 90-an menaikkan nama beliau.

Apa berlaku kepada Betty? Beliau kini mempunyai sebuah butik.

Belicious Boutique
LG03A Jalan PJU8/3A
Emerald Plaza North Damansara Perdana
Hubungi 016-3536635

Apa lagi ya kenangan pada Hari Raya di SRK Jalan Kuantan?

Oh, pelajar akan mengedarkan kad Hari Raya. Saya tidak tahu sama ada cara ini masih popular atau sudah keluar daripada arus perdana. Pelajar akan menulis pantun;

Pecah kaca pecah gelas
Sudah baca harap balas.

Saya tidak dapat lupakan betapa buruknya tulisan saya menulis kad raya untuk seorang pelajar dalam kelas. Tulisan besar-besar dan bulat-bulat. Ada yang kata huruf a saya seperti bentuk sampan, huruf b saya seperti budak boyot. Entah macam-macam lagi. Memang loser sungguh ketika itu.

Malah ada juga pelajar gila memberi duit raya kepada kesemua 30 orang pelajar di sekolah. Pada awal pagi, kami mendapati ada sampul duit raya berwarna hijau di atas meja kami. Ada wang di dalamnya. Ada yang sudi bermurah hati memberikan satu sen kepada kami. Sayalah orang itu.

Kami tidaklah senakal pelajar sekarang yang berani bermain mercun di sekolah. Masih bertamadun dan rasional meskipun kebanyakkan mereka datang daripada rumah pangsa Pekeliling yang terkenal dengan rekod jenayah, dadah dan insiden bunuh diri.

Kenapa saya menulis mengenai kenangan di SRK Jalan Kuantan?

Kerana tiba-tiba jam 12 malam ini saya teringatkanya.

Selamat Hari Raya. Mahu saya sambung coretan Hari Raya lain? Jika ada maklumbalas di ruangan komen saya sambung. Bergantung kepada permintaan.

Nota: Saya sangat anti dengan kisah sekolah yang diada-adakan oleh pengarahnya dan tidak ada ciri keindahan memori pelajar sekolah rendah. Saya kasihankan para pelakon kanak-kanak yang diperbodoh-bodohkan dengan memori plastik. Mungkinkah saya perlu menulis novel untuk menangani isu kepalsuan ini?

Nota: Pembaca artikel serius dalam blog ini pasti kecewa dengan entri ini. Maaf, saya seorang yang sangat menghargai pengalaman, orang yang saya kenali dan memori silam. Pasti akan saya kongsikan di sini. Dedikasi kepada rakan-rakan tahun 1989-1991

Contoh-contoh blogger dari sekolah yang sama dan menghargai memori zaman sekolahnya

SRK Jalan Kuantan (2) – Class of 89′ Primary School Reunion
SRK Jalan Kuantan 2 (1983-1988)

zamri_k.jpg

ZAMRI MOHAMAD merupakan penulis bebas, blogger, jurulatih penulis bebas. Beliau menghasilkan buku-buku perhubungan, karier dan cinta. Buku-buku beliau kini berada di Malaysia dan boleh dibeli secara online bagi pembaca di Singapura, Indonesia dan Brunei. Pembaca blog ini boleh memilikinya pada harga diskaun dan penghantaran ke rumah  hanya melalui pembelian online. Klik dan dapatkan hari ini

Advertisements

28 thoughts on “Satu cerita di SRK Jalan Kuantan 1989-91 : Dedikasi kepada rakan-rakan dan juniorku

  1. Mohd Khairul Amilin berkata:

    salam saudara Zamri..saya juga adalah salah seorang pelajar SRK Jln Kuantan (1) upsr 93′.. sudah lama saya mencari rakan2 seangkatan sekolah rendah dan setakat ini hanya mampu bertemu 2 orang..kisah Ida Mashani masih juga saya ingati.. Terima kasih kerana menulis coretan ini..

    • nurul ain roslan berkata:

      salam, hahaha sweet memories! ptg ni sy mmg da xtau nak wt ape lg di pejabat ni…xder kijer, tetiba teringat nak cr cikgu2 lama&kwn2 lama, sy ni batch 1989-1994, erm…. klu betty tu mmg la knl sape la yg xknl berkat glamour kkk nyer dulu kn?

  2. Anuar Omar berkata:

    Saya juga ex SRK Jalan Kuantan 2 dari tahun 1978 – 1983. Tak de siapa yg saya pernah jumpa dari sekolah kita ni kecuali 2 org. Yg satu tu terjumpa dalam meeting on 2006. Saya masih ingat in vivid many details about him since satu kelas waktu darjah 1 dan 2. Kalau rupa memang dah tak kenal dah tapi dapat cam dari nama dia. Dia tak ingat langsung sbb dia pindah dari sekolah tu waktu darjah 3.

    Untuk makluman u Abu Bakar BAginda dan Mokhtar Dahari adalah bekas our beloved school SRK Jalan Kuantan.

    • aris berkata:

      Mokhtar Dahari…my clasmate ayaaa…!!

    • azhar ahmad berkata:

      aku pun batch 1978~1983 ( drj 1~6 ). aku dduk kat flat sri wilayah sentul. adakah kte 1 kelas.? dah lama sgt, lupa nama geng2 lama. sape2 yg kenal tu, bole la contact.

      • zulfica abd rahim berkata:

        Salam…bro nih Senior saya setahun mungkin kenal dengan nama-nama geng bola masa…dulu semua adik beradik yang sekolah kat situ…kalau acara sukan tak abang yang menang…kompom adik pulak lepas tu…mcm batch saya mungkin bro kenal dengan Azmawadi pelari pecut sekolah…abang dia apa nama pon saya dah lupa…Rizal…sumer nih sprinter skolah dulu…sekarang saya dah lost contct ngan diaorang…baru2 ni Sam yang saya dapat contact…

      • Anua omar berkata:

        Rasanya nama ni ingat orgnya pun ingat kalau tak silap la.. Jom contact balik

  3. hazli berkata:

    saya juga ex SRK Jalan Kuantan satu dan apa yg saudara cerita memang pada zaman saya muda2 dulu. Responden yg pertama tu mmg saya kenal(muka mcm cina sket). Ida, Betty n responden pertama tu suma sebaya saya hahahah..

    Mcm2la cerita psl sekolah tu, psl hantu jepun la, pokok besar tempat slalu main nyorok2, musim main guli, perkhemahan pengakap kat janda baik, cikgu Pn kamariah yg garang n slalu bwk rotan panjang(ms tu dia pakai keta kecik), guru besar En Nelson Chandran dan plg scary skali bila doktor gigi datang skolah… ms tu sayala org paling banyak berdoa dlm hati supaya jgn panggil nama saya.

    ikutkan banyak lagi, xpela..

  4. man berkata:

    Saya bersekolah rendah di sekolah Jalan Kuantan 2, KL (85-90)- lahir tahun 1978. CIkgu masa darjah 1 kuning: Cikgu Azizah. Anak dia nama Zit Azran. Cikgu masa darjah 2: Cikgu nayagam. Cikgu masa darjah 3: Cikgu maziatul akmal. Cikgu masa darjah 4-6: Cikgu Ilham b Ismail. Guru Besar waktu tu En Osman B Ludin.

    Kawan2 saya semasa sekolah rendah (yg masih boleh recall): Fadly Pilus, Fardlie Ibrahim, Fadzrul Hisham, ilham latif, johan chong, vijay kumar, rajinder kour, zit azran, ahniza aznin, andy putera yahya.

    Ramai kawan2 masa tu duduk kat flat pekeliling.. keluarga saya waktu tu tinggal kat flat hospital, di blok 4, dekat dengan Maktab perguruan ibukota waktu tu.

    Teringat kat sekolah, waktu rehat main kejar2, tepuk patang aiskrim.. kat belakang sekolah ada pokok besar tempat nenek kebayan..

    Raja NAdzrin Shah, Raja MUda Perak pun pernah sekolah kat sekolah kita.

    Tak pernah jumpa kawan2 dan cikgu2 sejak habis darjah 6. Teruskan ke tingkatan 1-5 di Sek Alam Shah, Cheras, dan ke U. Malaya.
    Sekarang berkhidmat dgn national oil & gas company.

    Kepada kawan2, cikgu2: boleh lah kita berhubung.

    mindshoppe at yahoo.com

    – man

    • dino berkata:

      salam bro….

      saya pun ex jln kuantan 1 bkn 2 pada tahun 1985 hingga 1990 dan terus ke SM Maxwell KL. saya pun kenal cikgu kelas saya pada darjah 6 cikgi kamariah. saya darjah 6 kuning masa tu kira kelas no 2 baik la tak silap saya 6 merah best kelas. yang saya ingat masa tu Azli anak penyanyi (dah lupa nama mak dia), Mukhriz dan shahridan (3 bersaudara). Yang lain saya ingat zaki (samseng pekeliling), francis, emira juwita, norasmalia (anak doktor), shahril, zaiton, hayati, farhana dan dah lupa sgt….ok bro kalau ada pic lama wall la kat fb. tq. salam

      • zamzamalakazam berkata:

        aku pun pun ex SRK Jalan Kuantan 1 gak tahun 1984-1989….rumah sukan rumah BIRU juara bola sepak 3 thun berturut2 antara rumah sukan…gelaran cikgu bg zam dayak…..dok flat polis Blok F pekeliling..aku pun tgh cr gak geng bola,takraw ngan hoki sekolah tahun 1989..pokok besar tu tempat lepak aku ngan geng kaki ponteng perhimpunan pagi tp kantoi gak ngan ck.kamariah..knangan silam.

    • Shah berkata:

      Salam ni Norman ke..Masih kenal aku x Shaharudin Hamzah same class and batch tahun 1985-1990 with Cikgu Ilham aku dah ramai track bebudak same batch dan dah buat group di Facebook please add aku Shah Hamzah or SRK Jalan Kuantan 2 Batch 85-90

      – Shah

      • dinoriadz berkata:

        salam…sori bro…silap aku bkn norman…maybe dia srk kuantan 2…aku kuantan satu…dulu setiap 6 bln akan bertukar siri pagi dan ptg….tapi takpa ex jln kuantan is done….wokey bro kalu ada pic masa sekolah wall la kat fb…ariosss

    • Azhar Mohammad berkata:

      Sdr Man,

      Please reply my email. I am your senior both from JKS (1) – 1972-1978 as well as SASKL -1978-84. There are a lot to share about.

    • fasrul berkata:

      fadly pilus ni ada abg nama azim pilus kan…? aku pon tggal kat kuaters hospital tu…

  5. fiza ramli berkata:

    dear zamri..saya ni sekelas ngan saudara juga ida mashani dan betty rahmad..skang saya dan rakan2 yg lain mencari2 teman2 batch 1988-1993 SRKJKS1..tolong bg no hp pada saya..boleh hubungi saya pada email yg disertakan..betul ke ida juru xray di ipoh?…tima kasih kerana mengembalikan memori..

  6. aris berkata:

    mencari rakan2 seangkatan super mokh 1963 (satu class). cikgu metamatik mr singam.

  7. sham berkata:

    salam..saya sekolah di sekolah rendah jln kuantan 2 thn 84-86( darjah 2-4)..teringin mencari rakan2 sekelas..antaranya..siti safura, aida, normah, salahuddin, jamal, hassan and husin(kembar), najib ( slalu dpt no.1 dlm kelas),farouq,marlindawati,norida..klau ade yg terbaca, sila hubungi saya…

    • siti aishah berkata:

      hi..dlm ramai2 ko x sebut nama aku pun ek sham…aku siti aishah…mereka2 yg kau sebut diatas ada yg dah aku dapat jejak melalui fb..aida dah jadi odc kat hospital selayang, hassan nak baru nak kawin…marlinda keje kat area sentul, nornida kat kelantan, sakinah kat bank rakyat, najib (yg pandai tu kekeke) kat maybank, azhar jadi polis…sepul pun ada… keep in touch ek…email aku kat aishah@uniasialife.com.my dalam fb nama aku Sha Iman.

  8. ramdanhassan berkata:

    ida mashani?? aku kenal dia.. dia pernah satu kelas ngan aku… ko pon minat kat dia jgak ker?? apasal ramai sangat minat kat dia?? aku tak minat dia.. tapi member aku minat kat dia.. member aku frust giler bila dapat tahu yang dia dah kawin.. hehehhehe…

  9. zulfica abd rahim berkata:

    Assalamualaikum dan Salam Satu Malaysia..saya juga pernah bersekolah di SRK Jalan Kuantan 2 batch 1978-1983 dari darjah 1 – 6. Masih mengumpulkan rakan2 batch saya untuk Alumni Batch 1978-1983…Antara nama yg masih dalam ingatan saya Azhar, Ikhmal Rashmy, Rizal Yusof, Sameremedae Kenchana, Bala, Ho Chee Lim, Effendi, Nizam Kassim, Husairi, Nizam Osman,Boon Loy,Norman Hakim (KRU) dan lain-lain yang saya tak ingat la nama mereka…Apa2 pun saya mendoakan mereka semua sihat sejahtera…

    Kepada yang rakan-rakan batch saya yang ada terbaca ruangan ini saya boleh dihubungi di talian 017-2637693 email add:zulficaabdrahim@gmail.com fb:zulfica abd rahim

    “Mencari kawan”

  10. fasrul berkata:

    Assalamualaikum… Aku rasa terpanggil untuk mengumumkan yg aku juga salah seorang warga SRK Jln kuantan 1… Batch 1980-1986.. Antara nama guru yg masih aku ingat Cikgu Rohani… Member2 sekelas yg aku ingat Yuzuli Bt Yoep Bakhtari, Rizal & Riza (kembar), Tun Ahmad Zairi (Ayie)… sapa2 yg kenal aku sila add me in facebook (atan fasrul)…

  11. This is among the best blog sites that I’ve ever seen.

    I cannot wait to hear more.

  12. Faizul berkata:

    Mencari class mate 83-88 (1-6j)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,563 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: