Bob KU2, Jangan Tidur Lagi dan cerita realiti

1

September 26, 2008 oleh zamrimohamad


Rancangan Jangan Tidur Lagi bukanlah siri wajib tonton yang saya ikuti di televisyen. Dua minggu lalu, Bob KU2 dijemput dalam rancangan ini.

Dalam perbualan mereka mereka sepanjang sejam. Saya terkejut dengan keberanian Bob KU2, “Bro, kau kalau ada skrip hulur-hulurlah pada aku. Enam bulan aku tak ada job,” katanya kepada Adlin.

Penonton ketawa. Caranya bersahaja penuh humor memberi respon. Kemudian diulang sekali lagi apabila Adlin meminta beliau menyampaikan kata akhir, “Bro, kalau ada skrip janganlah lupa aku.”

Saya diam lama memikirkan keberanian Bob KU2 berkata-kata. Memikirkan inilah satu-satunya medium beliau menyampaikan hasrat hatinya untuk diberi peluang berlakon lagi sejak enam bulan tanpa apa-apa tawaran. Penonton ketawa dengan jenaka Bob KU2, saya juga ketawa. Adakah Bob KU2 dapat ketawa sepanjang enam bulan lalu sehingga Aidilfitri ini?

Dia sedang bercerita mengenai realiti. Masih kita ketawa lagi?

Nota: Kali terakhir bertemu Bob KU2 ketika beliau menjual baju bundle di Up Town Damansara sebelum ia dipindahkan ke tempat baru dan Danau Kota empat tahun dulu sebelum beliau berumahtangga.

Nota: Gambar diambil dari Utusan Online

One thought on “Bob KU2, Jangan Tidur Lagi dan cerita realiti

  1. Serunai Faqir aka SF berkata:

    Salam hari raya, ampun maaf dipinta juga andai ada terkasar bahasa sepanjang tahun ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: