Selamat Tahun Baru Cina atau Salam Aidilfitri?

1

September 27, 2008 oleh zamrimohamad


Tahun Baru Cina atau Aidilfitri?

Menjadi perkara biasa di negeri Melaka Bandaranya Bersejarah ini apabila dikunjungi teman-teman pelbagai bangsa pada hari pertama Aidilfitri. Sehinggakan ia sudah kelihatan lebih kepada sambutan Tahun Baru Cina berbanding Aidilfitri di sini.Keadaan yang berbeza di sini dari segi sambutan dan penerimaan.

Bak kata Tuan Ann Wan Seng (perkataan Tuan tidak digemarinya kerana bunyinya seperti kolonial), “Hanya di Melaka sahaja itik gantung masakan orang Cina dijual menjadi masakan halal di restoran orang Melayu Islam.”

Fanomena dakwah melalui budaya ziarah Aidilfitri membantu kita memberi sedikit gambaran kehidupan orang Islam melalui dakwah perbuatan. Keterbukaan dan penerimaan tanpa prejudis menjadi formula kepada hubungan kaum yang lebih baik.

Kefahaman mereka terhadap kepercayaan dan cara hidup kita adalah usaha kita sendiri dengan membuka fikiran seluas-seluasnya, tidak bersikap prejudis dan bersangka baik. Sikap takut-takut mereka dan diam terhadap persoalan yang tidak terjawab berkemungkinan berpunca daripada sikap takut dengan latah dan sensitif kita. Apa pun, inilah cabaran mendidik kita menjadi yang terbaik dalam masyarakat majmuk dengan mengambil sikap bertanggungjawab kepada sikap kita sendiri.


Saya teringat kata-kata seorang ustaz, “Apabila mereka faham, mereka dengan sendiri dan sukarela mempertahankan apa yang dilihatnya satu kebenaran.”

Inilah perpaduan yang sebenar. Rela berdiri pada apa yang betul dan menolak apa yang salah.

Pada tahun 2001, sahabat saya berbangsa Cina bernama Andy membaca akhbar dalam bahasa kebangsaan dan berkata, “Ini orang politik kata kita ada masalah perkauman. Masalah perkauman memang berlaku di kalangan orang politik sahaja. Dia apa tahu mengenai hidup kita,” dia geleng kepala.

Saya kira sehingga kini Andy tidak percaya satu patah perkataan janji atau kata-kata orang politik.

Nota: Kenangan Eid ul Fitri bersama-sama sahabat berbangsa Cina, Baba dan Nyoya di Melaka. Teringat pula saudara Amin Idris dan Tuan Roslan yang ada sukatan campur-campur dalam darah mereka. Kata penyanyi Zainal Abidin, “Kita serupa…”

One thought on “Selamat Tahun Baru Cina atau Salam Aidilfitri?

  1. Rozlan Mohamed Noor (RMN) berkata:

    Salam buat sdra Zamri yang budiman, Selamat hari raya aidilfitri, maaf zahir dan batin dari saya di CelikHurufBlog.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: