Puaka telaga buta pada malam Ramadan

Tinggalkan komen

September 28, 2008 oleh zamrimohamad


Tidak beberapa hari lagi Aidilfitri akan disambut. Bagi sekumpulan kanak-kanak kampung, mercun adalah perkara wajib bagi memeriahkan hari-hari akhir ini. Sedangkan yang dipanggil makcik, pakcik, atuk dan nenek serta anak-anak belia lain pergi ke surau menunaikan ibadah terawih.
Kumpulan kanak-kanak ini sibuk dengan mercun mereka tanpa mereka sedar jam sudah hampir sebelas malam. Ahli jemaah surau sudah pun selesai menunaikan sembahyang witir. Masing-masing turun dari tangga surau dan menuju ke rumah.

Kumpulan kanak-kanak tadi masih leka menghidupkan sumbu mercun dan membalingnya sana-sini. Mereka bermain berhampiran dengan telaga buta. Kemudian salah seorang daripada mereka melihat kumpulan jemaah surau sedang menuju ke arah mereka.

“Jom, buang mercun mereka sudah sampai,” katanya kepada mereka yang masih terpinga-pinga, “Berikan kepadaku,” katanya merampas semua mercun di tangan mereka.

Cepat-cepat mercun dibuang ke dalam telaga buta di sebelahnya. Kanak-kanak itu melarikan diri. Ada sebahagian mercun sudah dinyalakan sumbunya. Selepas satu meletup yang lain juga meletup sama.

“Budak-budak ini tidak tahu sayang nyawa,” kata orang kampung yang pulang selepas selesai solat di surau tadi. Kawasan telaga buta di dalam hutan adalah laluan untuk sampai ke rumah masing-masing. Ada denai kecil menghubungkan surau dan rumah mereka.

“Ya Allah! Apakah itu?” soal seorang tua yang terkejut melihat sesuatu muncul dari dalam telaga buta.

“Hantu! Kita ikut laluan lain,” kata seorang lagi, cepat-cepat mereka berpatah balik dan menggunakan jalan lain yang agak jauh.

Telaga buta disinari bulan terang. Asap mercun yang tebal keluar dari dasar ke permukaan. Cahaya bulan pada pokok-pokok sekitar menghasilkan bayang-bayang pada asap tebal yang keluar. Kelihatan seperti lembaga keluar dari telaga.

Dua hari selepas itu, satu kampung kecoh, ada penunggu sudah terlepas pada akhir malam Ramadan. Penunggu telaga buta.

Ini semua berpunca daripada kumpulan budak-budak kampung itu. Kisah telaga berpuaka timbul pada Aidilfitri.

Nota: Terima kasih kepada Tuan Faisal Hussin, pengarah kreatif di Ansar Channel yang berkongsi cerita ini dua tahun lalu. Cerita diubah suai bagi keperluan blog ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: