Ah-long dan Gangster berhari raya pada bulan syawal ini

Tinggalkan komen

September 29, 2008 oleh zamrimohamad


Petang raya, dua orang lelaki masih lagi duduk di kaki lima berdekatan Pertama Complex.

“Engkau tak balik kampungkah?”

“Aku? Nanti dahululah, kerja belum selesai?’

“Kau tak ada keluarga di kampungkah?”

“Ada, orang tua aku.”

“Kau sudah kahwin?”

“Aku bujang lagi.”

“Kau tak mahu balik kampungkah?”

“Hei, aku di sini sedang cari orang tahu. Kalau aku tak dapat dia, aku belasah kau sampai jadi arwah.”

“Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?”

Lelaki itu diam dan meninggalkan dia.

Pagi raya, lelaki itu tiba di kampung. Dalam kepalanya masih terdengar-dengar ayat itu berulang kali, “Bila kau mahu balik kampung, bila orang tua di kampung sudah hilang nafas jadi arwahkah?”

Lelaki itu akhirnya beraya di kampung. Dia tidak dapat mencari orang yang sepatutunya di’selesai’kan. Mungkinkah pada minggu hadapan dia akan kembali semula ke Kuala Lumpur, menyambung kerjanya sebagai kaki ‘gangster’ lagi?

Lelaki di kaki lima Pertama Complex, suara dia yang bertanya masih teriang-iang lagi.

Suara lelaki yang dipanggilnya ah-long

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: