Raya tetap raya, kerja berjalan seperti biasalah

Tinggalkan komen

Oktober 3, 2008 oleh zamrimohamad


Hari Raya ketiga, solat Jumaat di masjid Limbongan, Melaka tidaklah begitu ramai ahli jemaahnya. Sebahagian sudah mula bekerja sebahagian lagi masih bercuti. Semalam sempatlah saya berkunjung ke beberapa buah rumah sahabat di sekitar Ujong Pasir dan Semabok. Kebanyakkanya rakan-rakan sekolah.
Meskipun masih berhari raya, kerja di SOHO masih diteruskan. Samalah seperti Universiti PTS, petang hari raya pertama entri berjalan seperti biasa. Saya di Melaka menumpukan tugas-tugas pembinaan medium pemasaran produk, iaitu penghasilan beberapa laman web mini atau mini-site. Ini setelah mengambil kira nasihat Tuan Sabri penulis PTS, Rahsia Buat Duit dengan Internet seminggu lalu,

“Namun, pada pendapat saya encik Zamri akan mendapat impak lebih maksima dengan mempunyai sebuah minisite yang khusus untuk menjual ebook ini. Mungkin satu minisite untuk setiap produk. Dengan cara ini, produk-produk encik Zamri akan lebih tersusun dan satu program promosi yang lebih efektif dan efisien dapat diatur.”

Saya masih lagi junior dalam penghasilan mini-site. Tetapi ada satu-dua mini site yang sudah mendapat impak awal sebelum promosi. Tuan dan Puan dialu-alukan melayari mini-site ini

Kemaskini laman mini Karier untuk Wanita Moden. Klik di sini
Bekerjasama dengan konsultan bisnes kecil Sprint Career menghasilkan laman mini ini. Klik di sini
Setakat ini sudah ada bakal pembeli menghubungi untuk membeli rumah ini, tetapi ia masih terbuka lagi. Klik di sini
Untuk disenaraikan dalam Malaysian Authors di MPH Online, laman web perlu mempromosi kedai buku online MPH, maka laman mini ini disediakan khusus untuk dipaparkan di laman web mereka. Klik di sini

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: