Batik Inspirations & 50+1 sentuhan bekas pelajar Malacca High School, Qua Chee

Tinggalkan komen

Oktober 4, 2008 oleh zamrimohamad


Saya tidak tahu sama ada saya ini dipilih atau pandai-pandai memilih diri sendiri. Tetapi selalunya sayalah yang menjadi penyelaras majlis pertemuan bekas pelajar tingkatan U6A2. Selama dua tahun ia diadakan di rumah saya pada sambutan Aidilfitri.
Sahabat saya, Gan Lan Lan atau sekarang dipanggil Jane meminta saya meneruskan tradisi ini. Ketika ziarah di rumah rakan bernama Johanizan, beliau juga bercerita perkara yang sama. Mungkin kali ini kami akan jadikan majlis perkahwinan beliau sebagai tempat pertemuan. Itu pun idea Johanizan menjelang pertengahan tahun hadapan.

Sedang saya melayari laman web Persatuan Murid-Murid Tua Sekolah Tinggi Melaka atau MAHSOPA, saya sempat melayari laman web seorang bekas pelajar yang saya kenal. Bezanya beliau adalah pelajar kelas sains manakala saya pelajar kelas sastera. Apa yang menyebabkan saya kenal ialah jawatan pengawas yang disandangnya dan pertandingan fotografi yang pernah disertai dan dianjurkan di sekolah.

Qua Chee dalam salah satu shot model
Ini bukan Qua Chee. Ini adalah pelakon Hong Kong, Ekin Cheng Yee-Kin. Gambar dipetik dari filem Young and Dangerous 3. Ada persamaan kedua-duanya?

Beliau dipanggil dengan nama Qua Chee. Seorang yang kemas sejak zaman sekolah lagi, sehingga hari ini pun masih kekal begitu. Lebih-lebih lagi kini beliau adalah seorang model, penulis dan jurufoto profesional.


Qua Chee mengusahakan perniagaan beliau sendiri iaitu syarikat penerbitan Q.CE di Singapura pada tahun September 2005 dan Qua Chee Enterprise pada Disember tahun yang sama di Malaysia. Syarikat yang ditubuhkan ini pada peringkat awal memfokuskan penerbitan buku pelancongan dan seni, semuanya ada kaitan dengan koleksi foto yang dihasilkan beliau.

Buku pertamanya adalah Batik Inspirations yang dihasilkan bersama seorang jurufoto bernama EM.K. Kemudian beliau menghasilkan buku yang kedua, 50+1 Malaysia : Places, Food, People & Love.

Nota: Gambar diambil daripada http://quachee.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: