Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad pelengkap siri buku perhubungan dan cinta

2

Oktober 11, 2008 oleh zamrimohamad


Sehelai demi sehelai pruf sedang diteliti
Pruf setebal 364 halaman
Ketika ini saya sedang menyemak pruf manuskrip terbaru dalam siri perhubungan dan cinta. Kali ini bergandingan dengan penulis Ti-tip Poligami, di bawah payung Aishah, Tuan Imran Yusuf. Minggu hadapan saya perlu kembalikan kepada pihak penerbit bagi semakan terakhir sebelum ia diterbitkan.


Buat satu tempoh masa, ini adalah buku terakhir saya dalam kategori perhubungan dan cinta. Buku ini mencetuskan satu kesedaran kepada saya ditambah lagi dengan satu nasihat daripada seorang penulis, “Bilakah kali terakhir anda membaca sebuah buku yang awal-awalnya ditulis dedikasi untuk pembacanya?” maka buku ini saya dedikasikan pertama kepada saudara dan saudari yang bakal menjadikan teman akrab dan hadiah buat teman yang diingati.

Bersama Tuan Imran Yusof, Penulis buku kontroversi, Tip-Tip Poligami, di bawah Payung Aishah

Buku yang bakal terbit ini diberi judul Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad. Satu sudut pandang kontemporari dan tradisional dari kacamata dua generasi. Ini adalah buku yang membawa dua pandangan sebagai bonus kepada pembaca. Dari dunia bujang ke dunia berumahtangga dalam satu buku yang merungkai satu persatu tip bagi keperluan pembaca. Bekerjasama dengan Tuan Imran Yusuf dalam kerjasama kami yang sulung ini memantapkan lagi buku ini sebagai kit perhubungan dan cinta.

Sebagaimana respon positif para pembaca buku-buku tulisan saya sebelum ini, Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad juga ditulis dengan harapan ia menjadi pemanis kepada kehidupan kita semua. Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad bakal menemui Tuan dan Puan tidak lama lagi. Moga-moga ia menjadi ibadah yang diterima dunia dan akhirat.

2 thoughts on “Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad pelengkap siri buku perhubungan dan cinta

  1. Imran Yusuf berkata:

    Assalamu’alaikum Tuan Zamri,

    Terima kasih kerana sudi berganding menulis buku ini.

    Syabas kepada Tuan Editor terbabit yang memberikan judul yang benar-benar segar dan memikat.

    Semoga buku ini tidak setanding kontroversi dengan Di Bawah Payung Aishah.

    Terima kasih kepada pihak PTS MIllennia yang memberikan peluang untuk kami mengemukakan karya ini.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Tuan Imran, kita akan sama-sama cuba menkontroversikan buku ini. hahaha!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: