Cemburu dan Memahami Bahasa Cinta Lelaki

Tinggalkan komen

Oktober 12, 2008 oleh zamrimohamad


Sebelum ini saya ada menyiarkan petikan entri bertajuk Satu cerita cinta, dua penutup berbeza. Kali ini saya ingin berkongsi daripada petikan buku saya Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006) mengenai apa yang berlaku kepada Nurul Hazira, mangsa pembunuhan akibat cemburu cinta. Selepas tiga tahun Memahami Bahasa Cinta Lelaki ditulis, ia bertujuan menjelaskan apa yang berlaku pada tahun ini seperti mana kes Nurul Hazira.

Dalam buku Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006) saya menulis,

“Majoriti mempunyai rasa cemburu dalam kehidupan mereka. Ia adalah desakan emosi. Jika tidak dipimpin ia akan menjadi kemuncak emosi yang berbahaya. Cemburu tanpa kawalan menjejaskan hubungan pasangan. Kelembutan hati bertukar ganti dengan kekerasan dek cemburu yang semakin berakar dalam hati.

Cemburu apabila adanya keinginan memiliki.

David Buss, Profesor Psikologi Evolusi dari Universiti Texas menerangkan bagaimana keadaan tersebut berlaku,

“Tanpa rasa cemburu cinta tidak akan berlaku. Mengapa? Kerana apabila kita menjalinkan hubungan dengan seseorang akan wujud keinginan. Malah keinginan yang sama turut wujud dalam emosi pesaingnya yang cuba menjarakan hubungan pasangan tersebut.

Dalam keadaan yang lebih teruk, cemburu boleh mengakibatkan kerosakan yang teruk. Cemburu yang keterlaluan membawa kepada tindakan nekad lelaki bernama Mark Erts menikam kekasihnya beberapa kali sehingga hampir membunuhnya. Setelah ditunjukan beberapa keping gambar kekasihnya selepas kejadian tersebut, Erts sendiri tidak menjangka dia melakukan perkara tersebut.

Cemburu Mark timbul setelah dia tahu kekasihnya mempunyai hubungan dengan lelaki lain. Kini wanita tersebut masih hidup dengan kecederaan di wajah dan leher sehingga tidak dapat berkata-kata selama beberapa minggu akibat kejadian tersebut.”

Apabila seseorang menyintai insan lain, kecenderungan untuk memiliki berlaku dan sukar menerima keadaan untuk orang lain berkongsi kekasih hatinya.”

Bagi mengetahui lebih lanjut, klik Memahami Bahasa Cinta Lelaki (2006).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: