Skim cepat kaya, cepat kalah, cepat kambus

Tinggalkan komen

Oktober 16, 2008 oleh zamrimohamad


Respon kepada entri Tuan Sabri Saifulsham dan Tuan Shamsuddin Kadir

Saya ada pengalaman menyelidik sebuah syarikat. Pada awalnya seorang guru menyarankan rakannya menyertai sebuah syarikat MLM, tetapi tak perlu beli barang dan hanya deposit wang, kemudian dapat keuntungan.

Memang banyak duit yang diperolehinya dan ditunjukkan bukti. Tetapi apabila saya baca modus operandinya, ia sudah jadi semacam skim pelaburan dan MLM. Dengan alasan kalau tak mahu menjual, labur sedikit modal untuk orang lain gerakkan MLM.

Macam-macam gambar ditunjuk dalam laman webnya. Ada kedai runcit, restoran, bisnes angkut pasir dan industri pun ada.

Saya tidak sedap hati lalu hubungi nombor yang tertera. Itu pun selepas baca laman web rasmi Bank Negara dan Kementerian Perdagangan berkaitan lesen MLM dan lesen untuk mengutip wang bagi tujuan dana pelaburan.

Saya telefon dan minta nombor rujukan lesen bagi pengesahan. Rupa-rupanya laman web itu adalah laman web ahli biasa dan bisnes itu sendiri tidak ada laman web rasmi.

Beliau beri nombor syarikat berkenaan. Saya telefon dan bertanyakan perkara yang sama. Yang menjawab telefon terpinga-pinga. Seolah-olah dia tidak tahu kewujudan dua jenis lesen yang dikeluarkan oleh dua entiti berkenaan.

Kemudian beliau jemput saya ke program briefing untuk jelaskan perjalanan bisnes. Saya masih mahu dua perkara tadi. Akhirnya dia minta saya hubungi pengasas syarikat berkenaan.

Aduhai, selepas itu saya sms guru yang sedang dipujuk rayu oleh rakan segurunya, “Jangan masuk. Mencurigakan.”

Hairan, mengapa begitu susah nak dapatkan pengesahan sampai hendak ke pengasasnya. Adakalanya ada perniagaan yang jujur tapi melompat-lompat. Akhirnya diserbu sebab tidak ikut peraturan.

Nota: Saya masih tidak berpuas hati dengan etika bisnes dalam cerita di atas sehingga ke hari ini. Jika mahu kaya dan belajar bisnes, bacalah buku Mamak yang tidak menjadikan skim cepat kaya sebagai modal bisnes mereka.

ZAMRI MOHAMAD
www.zamrimohamad.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: