Asahi Shinbun cari jalan keluar daripada gawat pembaca

Tinggalkan komen

Oktober 18, 2008 oleh zamrimohamad


Asahi Shinbun merupakan akhbar tertua di negara Jepun. Menurut catatan Wikipedia, ia merupakan satu daripada lima akhbar utama yang mempunyai jumlah edaran yang tinggi. Menurut statistik, sejumlah 8.27 juta naskah Asahi Shinbun edisi pagi diedarkan dan diikuti 3.86 juta naskah bagi edisi petang.
Asahi Shimbun berada dalam pasaran selama 130 tahun. Kali ini mereka berhadapan dengan saingan media baru seperti televisyen, internet dan saingan akhbar-akhbar kontemporari dalam menarik pelanggan yang sama.

Jumlah pembaca yang semakin menurun memaksa Asahi Shinbun berfikir di luar kotak. Berhadapan dengan jumlah pembaca yang merudum dilihat sebagai satu gawat yang mesti diatasi.

Bagaimana mereka mahu menarik pembaca kembali kepada akhbar tradisional ini?

Asahi Shinbun melancarkan kempen Movement. Dalam kempen ini misi mereka ialah memberitahu orang ramai secara besar-besaran mengenai Asahi Shinbun. Mereka melihat ia satu gerakan paling agresif dalam kempen menaikkan statistik pembaca.

Bajet kempen mereka?

O Yen.

Caranya, mereka inovasi semula teknologi lama dalam dunia animasi kuno. Iklan-iklan bercetak dalam akhbar ini bergerak menggunakan sehelai plastik bergaris yang diberikan bersama. Mahu lihat bagaimana caranya? Klik video di atas.

Apa kesan daripada kempen Movement ini?

1. 95 peratus daripada 1.5 juta pembaca memperuntukan 30 minit bagi membaca iklan bergerak.
2. Kempen ini menarik perhatian pembaca akhbar, blogger, rangkaian komuniti maya dan beberapa laman web seperti YouTube dan media elektronik lain.
3. Asahi Shinbun mendapat jenama baru dalam dunia khabar sebagai akhbar yang menarik dan menghiburkan. Ia bukanlah jenama yang mudah diberi kepada akhbar yang bersifat tradisional, biasa dan lama.
4. Jumlah pembaca baru meningkat.
5. Asahi Shinbun mengubah tabiat membaca, dari artikel ke artikel menjadi dari iklan ke iklan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: