Orang India capai impian ubah dunia dengan buku

1

Oktober 26, 2008 oleh zamrimohamad


“Macha, kenapa selalu kerja lebih masa?”
“Hendak buat macam mana, anak saya mahukan kapal terbang”
“Kalau kamu kerja sepanjang hayat pun,kamu cuma dapat beli sayap saja.”
“Bos kalau saya dapat lebih duit, saya belikan lebih banyak buku untuk anak saya.”

Iklan sempena sambutan Deepavali daripada Petronas memberi gambaran positif dunia buku. Satu keluarga India di mana seorang ayah menjadi pendorong kepada anaknya mencapai impian. Ayahnya adalah seorang tukang cuci di sebuah akademi penerbangan. Mengapa saya menulis mengenai iklan ini?

Apabila ayah ini bercita-cita membantu anaknya mencapai cita-cita menjadi seorang juruterbang, beliau menjadikan buku sebagai menunjuk cara bagi memenuhi impian si anak kecil.

Bilakah kali terakhir kita melihat iklan yang menjadikan buku sebagai ‘pelakon utama’?

Buku mencerahkan minda dan mewakili realiti melalui baris ayat di dalamnya. Bagi kanak-kanak India yang menerima hadiah buku daripada ayahnya, kanak-kanak ini mendapat seluruh dunia yang tidak dapat dijejakinya melainkan melalui buku.

“Macha, kamu sudah memberinya sayap.”

One thought on “Orang India capai impian ubah dunia dengan buku

  1. Shamsuddin Kadir berkata:

    Tahniah Tuan Zamri,

    Informasi ini membantu pembaca blog ini bahawa dengan membaca buku, ‘semua’ impian kita dapat di capai.

    Teruskan Usaha Murni Itu.

    Shamsuddin Kadir

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: