Maskara Shorties, buka pintu untuk suara baru

2

November 2, 2008 oleh zamrimohamad






Sempat juga menghadiri Maskara Shorties. Kali ini ia menghimpunkan penggiat filem pendek dan mereka yang baru-baru bereksperimentasi dengan dunia filem pendek. Lari daripada kebiasaan aktiviti terdahulu. Kami tiba awal di sana, dijangka lebih ramai akan datang berikutan promosi besar-besaran yang digerakkan oleh tim Maskara.
Rumah Pena kali ini menerima limpahan pengunjung berbanding kebiasaan dan kebanyakannya yang datang untuk pertama kali. Maskara dalam bangunan dibawa ke luar.

Kali ini dengan adanya orang-orang filem dan produksi pada malam itu memberi mesej ada harapan untuk aktiviti tayangan filem pendek ini. Mungkinkah ada antara mereka sudah berada dalam radar untuk diangkat ke dalam industri sebenar?Justify Full
Jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Filem berat, filem ringan, filem ketawa, filem duka. Sentuhan sang pro, sentuhan amatur. Cerita menghiburkan, cerita memeningkan. Semuanya membawa sentuhan penghasilnya.

Moga-moga akan ada gelombang kedua Maskara Shorties selepas ini!

Komen:

1. Program yang mendapat sambutan ‘tidak cukup kerusi’ Impak program yang besar.
2. Filem abstrak dan separa komersial perlu diselang-seli supaya kepala tidak berat menghadamnya.
3. Jumlah filem pendek dikurangkan bagi mengekalkan momentum dan energi penonton.
4. Menantikan Maskara Shorties yang seterusnya sambil menghadirkan diri dalam Maskara lain.

Nota: Gambar diambil daripada Firdaus Ariff

Petikan Berita Harian Selasa 28 Oktober 2008

Petikan Berita Harian
Selasa 28 Oktober 2008

LARI daripada kebiasaan, Malam Baca Naskhah Sindiket Sol-Jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka (Maskara) pada 1 November ini bukan lagi menyaksikan penulis dan pemuisi memperdengarkan karya mereka. Sebaliknya Sindiket Sol-Jah membawakan pula kira-kira 20 filem pendek untuk mengisi acara.

Secara tradisi, sejak kira-kira dua tahun lalu kumpulan sembilan pemuda yang mempunyai minat serupa dalam bidang penulisan dan seni menggelarkan diri mereka Sindiket Sol-Jah hanya berkumpul dua bulan sekali untuk mendengar bacaan puisi atau cerita penggiat sastera baru atau lama.

Jurucakap kumpulan penggiat seni itu, Nazri M Annuar atau Vovin, kali ini pihaknya berusaha mengumpulkan karya filem pendek yang dihasilkan penggiat seni terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Bukan hanya karya daripada pengarah terkenal seperti Mamat Khalid dan bekas pemenang pertandingan Filem Pendek BMW, Tok Rimau, yang akan ditayangkan, bahkan mereka yang hadir di Rumah Pena pada 1 November ini akan dapat menyaksikan hasil arahan beberapa lagi pengkarya muda daripada penuntut seni, perekabentuk grafik, penulis dan sebagainya.

“Kesemua filem pendek yang kami akan tayang pada malam itu mempunyai durasi di bawah 10 minit. Ia juga tidak mempunyai genre tertentu dan majoritinya pula dibuat khas untuk acara Maskara Shorties,” ujar Nazri.

OP Zaharin pula berkata, acara berkenaan diadakan bagi mengumpulkan penggiat seni di bawah satu bumbung untuk mempersembahkan karya mereka kepada umum.

“Maklum saja, tidak banyak tempat yang menayangkan filem pendek kepada orang ramai. Apatah lagi bagi penggiat seni muda yang belum lagi mencipta nama. Jadi, dengan adanya acara sebegini, diharap mampu membantu mereka mengetengahkan hasil kerja. Mungkin pendedahan yang diterima membolehkan mereka melangkah lebih jauh dalam bidang yang diteroka,” kata OP yang menjangka lebih 100 penggemar filem pendek dan peminat seni akan hadir memberikan sokongan.

Katanya lagi, acara itu juga dibuka kepada orang ramai dan sesiapa saja yang berminat dalam penghasilan filem pendek. Ia lebih berupa acara santai, tanpa sebarang majlis diskusi diadakan selepas majlis tayangan tamat.

Kata Lan Hussain atau lebih dikenali sebagai Sinaganaga, pihaknya berhasrat mengundang beberapa penggiat seni tanah air seperti Mamat Khalid sendiri, Pyan Habib dan Nasir Jani, bagi memeriahkan acara.

Pada acara yang bermula jam 8.30 malam itu, Lan turut memberitahu, sebuah buku berjudul Romlah The Untold Story akan dilancarkan. Ia sebuah koleksi cerita hasil tulisan beberapa penulis, mengenai seorang wanita yang dilihat menerusi kaca mata penulis berkenaan.

Lagi cerita di sini

2 thoughts on “Maskara Shorties, buka pintu untuk suara baru

  1. Op berkata:

    terima kasih kerana meluangkan masa hadir ke shorties semalam zamri🙂

    jumpa lagi di maskara seterusnya.

  2. bennylitanasuty berkata:

    zamri, saya titipkan reviu kamu di blog saya.

    terima kasih kerana hadir.

    :)ben
    http://bennylitansuty.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: