WAIZ satu kepuasan menjelajahi dunia IT oleh seorang newbie

1

November 5, 2008 oleh zamrimohamad


Tiada dalam gambar, perkataan ini menjadi wakilnya.
Pakar kewangan peribadi, Tuan Shamsuddin Abdul Kadir. Klik di sini
Trainer Motivasi Belajar, Tuan Osman Affan. Klik di sini
Trainer IT kami, Tuan Hazali. Klik di sini

Assalam alaikum

Sahabat blogger dan para pembaca buku Zamri Mohamad.

Saya bersama rakan-rakan penulis serta trainer lain berkesempatan mengikuti kursus menyunting video menggunakan perisian Adobe Premiere Pro 1.5 selama dua hari. Ia dikendalikan oleh Tuan Hazali yang merupakan pelatih bertauliah. Selama dua hari di pusat latihan beliau dan isteri yang terletak di Taman Melawati, kami didedahkan teknik bagaimana menggunakan perisian ini bagi menghasilkan video untuk sebarang tujuan.

Kaedah pengajaran Tuan Hazali menjadikan kami mudah memahami kaedah menggunakan perisian ini. Sebelum ini saya pernah ‘angkat tangan’ tidak menyentuh perisian Adobe Premiere Pro 1.5 yang kelihatan memeningkan kepala saya. Berkat ajaran tuan guru sememangnya menjadikan ia kelihatan mudah.

Pada masa sama, sempat berkenalan dengan beberapa sahabat baru dari Pusat Teknologi Maklumat dan Komunikasi, unit penerbitan Universiti Malaysia Pahang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Serba sedikit dapatlah saya mempelajari ilmu bisnes daripada Tuan Hazali dan Puan Roszita. Sebagai pasangan suami-isteri yang ideal dalam dunia keluarga usahawan Muslim.

Katanya, “Beza usahawan yang luar biasa dan sebaliknya ialah, usahawan luar biasa tidak memikirkan bagaimana menjalankan bisnes sahaja tetapi mereka yang berfikir untuk mengembangkan bisnesnya.”

Contohnya orang yang sekadar berniaga seperti penjual karipap yang hanya menjual karipap semata-mata dari tepung yang sama. Tetapi penjual karipap yang mengembangkan bisnes pula menghasilkan satu atau dua jenis kuih daripada tepung yang sama.

Jadi kita ini terdiri daripada penjual karipap yang mana ya?

Bagi mana-mana institusi atau individu yang mahu mengambil apa jua kursus komputer, internet dan IT untuk tujuan persendirian, institusi atau bisnes. Saya sarankan Waiz Malaysia Sendirian Berhad. Klik di sini.

Petang pada hari kedua kursus kami diminta menghasilkan video dalam apa jua kategori. Maka saya memilih membuat video ringkas mengenai WAIZ. Ada apa-apa komen?

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

One thought on “WAIZ satu kepuasan menjelajahi dunia IT oleh seorang newbie

  1. Hello there I’m not sure whether or not it’s me
    or simply your web blog but it’s starting clearly slowly , I had to spend like a minute to load up still twitter works
    well . Nevertheless, I’m going to thank you so much for attaching fantastic blog post.
    Most people who found this website really should have noticed this article really handy.
    This one is wonderful everything that you actually have done and would like to see amazing posts from you.
    To obtain more knowledge through articles you publish, I’ve added this website.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: