Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil : Pakej berhadapan kegawatan di Malaysia

1

November 7, 2008 oleh zamrimohamad


Pernah mendengar istilah Optimasi Laman Web atau Website Optimization?

Pernah mendengar dan mendapat bantuan pakar optimasi laman web untuk mengembangkan bisnes saudara?

Tahukah saudara selain daripada pembina laman web dan penggubah laman web, ada satu individu yang sangat penting untuk bisnes saudara?

Individu itu ialah penganalisis dan pakar optimasi laman web.

Saya berkesempatan menjalinkan kerjasama dengan penganalisis dan pakar optimasi laman web, Tuan Izwan atau dikenali dengan panggilan Robot. Bermula dengan mendapat khidmat beliau, saya mendapati apa diketahuinya perlu diketahui oleh semua peniaga di Malaysia.

Dalam keadaan gawat, kehadiran pakar dan penganalisis optimasi laman web sangat penting bagi survival bisnes di luar dan di dalam dunia internet.

Petanda-petanda kegawatan menjadikan kerjasama kami bertambah relevan.

Bagi bisnes kecil yang berada di luar. Dua keadaan menjadi pilihan. Sama ada bertahan dengan cara lama atau bertahan dengan mencipta kesedaran atau awareness bakal prospek lima kali ganda daripada cara tradisional sekarang.

  • Bisnes di luar tanpa internet bakal berhadapan dengan situasi yang cukup mencabar selagi mana kempen awareness atau kesedaran tentang kewujudan bisnes anda tidak berkembang.
  • Petanda-petanda ini membawa kami kepada kerjasama bagi bengkel khas melibatkan 800 peserta terdiri daripada usahawan dan bakal usahawan pada Januari 2009.

Berpegangkan kepada moto kami, Sharing is Caring (Berkongsi kerana mengambil berat) dan Giving Back to Community (Memberi semula kepada komuniti) kami akan mengendalikan bengkel untuk usahawan kecil dan sederhana bagi berhadapan kegawatan.

Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil

Bagaimana jika saudara mempunyai laman web dan bisnes saudara bukannya skala kecil dan sederhana. Tidak mengapa ia dialu-alukan sebagai satu woksyop senarai semak. Kita akan membedah siasat sama ada laman web saudara sekadar hiasan dalam dunia online atau benar-benar menjual.
  • Saya tidak memanggil pereka laman web untuk bengkel ini kerana isu pemasaran bukan isu mencantikkan laman web semata-mata. Kata kunci bengkel ini Cepat dan Tepat. Menjadikan laman web saudara cepat dicari dalam Google dan menjadikan ia laman web yang akan membuat bakal pelanggan menghubungi saudara.

Pelanggan yang tidak pernah ke kedai anda kini adalah bakal pelanggan yang perlu untuk survival bisnes pada zaman gawat! Dunia online dapat membantu anda.

  • Kami membuka pendaftaran untuk 800 orang sahaja dalam tempoh dua bulan ini. Kejutan dan cabutan terpilih bagi mereka yang mempromosikan entri ini ke laman blog mereka. Pautkan entri ini atau copy dan paste entri ini ke blog saudara.

Ada yang bertanya mengenai yuran?

  • Ya, kami memikirkan keperluan peniaga dan bakal usahawan kecil di Pantai Timur, Utara, Sabah dan Sarawak. Ia akan menjadi seminar yang tidak akan anda lupakan baik dari sudut harga mahupun isi kandungannya. Pakej bersedia sebelum gawat.

Bengkel ini akan melibatkan dua perkara.

  • Bagaimana menghasilkan laman web mini yang mudah dicari orang ramai.
  • Bagaimana menulis memperkenalkan produk dan servis menggunakan ayat dan susunan paling berpengaruh untuk menarik prospek.

Kerana itu dua kemahiran daripada dua individu berbeza, penulis sepenuh masa dalam akhbar nasional, majalah dan buku di Malaysia bergabung dengan pakar optimasi laman web membawa kepada saudara; Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil.

Klik dan pra daftar di sini sekarang.

  • Perhatian: “Saya akan berkongsi ilmu dalam penulisan untuk iklan dan menjual (Copywriting) dan Tuan Izwan mendedahkan konsep dan teknik membina website yang menjual berdasarkan kajian beliau dan dicuba sejak beberapa tahun lalu.”
  • Perhatian: Pelajar universiti yang mahu datang secara berkumpulan melalui universiti atau individu juga digalakkan mendaftar kerana ia relevan dengan keperluan bisnes terdekat.
Ini adalah pesanan daripada beberapa laman web mini saya setiap hari (klik gambar untuk paparan lebih jelas). Dari dunia offline ke dunia online, saya mempelajari dan mengadaptasi optimasi laman web mini yang ‘menjual’. Ini yang akan kami dedahkan kepada peniaga, bakal usahawan,pemberi perkhidmatan dan pelajar IPTA. Klik di sini sekarang

One thought on “Worksyop Pemasaran Online untuk Bisnes Kecil : Pakej berhadapan kegawatan di Malaysia

  1. Anonymous berkata:

    Oh! Pantas sungguh tuan meng-update blo saudara! (salah satu teknik optimasi website:- “kerap di update”)

    Kepada mereka yang berminat tapi masih ragu-ragu nak join, jangan fikir panjang lagi. Join sahaja! Ilmu/teknik yang akan kami kongss/bincang bersama pasti ada yang baru untuk tuan-puan sekalian.!

    Best regards
    Izwan@Robotys

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: