Ekonomi baru berteraskan kebajikan ganti yang jelas haram

Tinggalkan komen

November 23, 2008 oleh zamrimohamad


Ekonomi berteraskan kebajikan (Klik untuk besarkan imej)
Dahulu saya melihat pekerja-pekerja istimewa atau orang kurang upaya menjadi pekerja di rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken.

Ketika itu dan sehingga hari ini desakan memboikot produk KFC dan produk-produk lain dalam kumpulan yang sama sedang rancak berlaku. Kempen, kenyataan rasmi NGO, desakan demi desakan diteruskan. Cuma ia tidak serancak hari ini. Mungkin tunggu media memainkan isu ini semula agar bising-bising ini timbul semula. Tidak mengapa, ada usaha memberi kesedaran dari tahun ke tahun.

Saya melihat pekerja OKU ini. Beliau bekerja di KFC dengan bayaran yang sama dengan pekerja normal yang lain. Beliau mendapat skim simpanan pekerja, insuran dan elauan seperti yang lain. Kakinya tidak berjalan dengan sempurna, capik sedikit cara jalannya. Nampak jelas payah benar mahu bertukar langkah. Wajahnya jelas tidak menampakkan wajah yang normal. Tetapi dia senyum, membawa kain membersihkan meja pelanggan yang sudah selesai. Dia tersenyum dan bersungguh-sungguh. Kemudian dengan langkah yang payah, dia membawa penyapu membersihkan lantai sekitar. KFC tempat dia bekerja adalah salah satu restoran makanan segera yang mencapai sasaran jualan sejuta ringgit setahun.

Dahulu, saya pernah menulis berkenaan pemboikotan ini dengan satu soalan yang tidak dijawab dengan jelas, apakah alternatif diberikan oleh peniaga Muslim bagi menampung hampir 20,000 pekerja Muslim di seluruh rangkaian ini. Pada masa sama, bagaimana pula dengan para pekerja OKU yang digajikan dengan sistem ekonomi berteraskan kebajikan yang mereka perkenalkan.

Alternatif yang pasti adalah satu soalan yang sukar dijawab. Alternatif yang menjaga kebajikan dan keperluan mencari sumber halal adalah jawapan diperlukan kini. Adakah kita masih bermain dengan idea dan hilang sentuhan yang praktikal?

Kali ini rangkaian kedai 24 jam 7-11 membuka konsep ekonomi berteras kebajikan kepada surirumah dan golongan warga tua.

Satu perkara yang membuat saya tidak memilih bekerja di rangkaian 24 jam ini ialah satu produknya yang jelas haram iaitu arak. Apa kata Nabi Muhammad?

Direkodkan oleh Iman Ahmad daripada Abi Umar, Rasulullah s.a.w berkata, “Telah dilaknat arak, peminumnya, pemberi minumannya, penjualnya, pembelinya, pemerahnya, orang yang memprosesnya dan pemakan harganya (wang hasil penjualan arak). Hadis ini jelas menyatakan bahawa semua jenis perkhidmatan dan penggunaan berkaitan dengan arak adalah haram.” (sumber)

Boikot, desak dan kempen, persilakan.

Apakah alternatif ekonomi berteraskan kebajikan yang diperkenalkan oleh kita semua?

Semua orang ada tanggungjawab menyediakan tanggungjawab menyediakan ruang ekonomi berteras kebajikan.

Soalan ini termasuk melibatkan diri saya. Tidak terkecuali.

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: