Tentang Cinta, 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki, panduan bercinta

Tinggalkan komen

November 23, 2008 oleh zamrimohamad


Selepas laman web Dr Cinta yang mengandungi lebih 1200 ahli ‘hilang’, saya memfokuskan penulisan berkenaan perhubungan dan cinta di laman web dan forum Tentang Cinta. Di sini ada juga ahli yang datangnya dari Dr Cinta kendalian PTS Millennia sepanjang dua tahun lalu. Pengendali Tentang Cinta kini konsisten mencipta artikel demi artikel dalam laman blog.
Jika ditaip perkataan cinta dalam Google, forum dan blog ini menduduki tempat pertama dalam carian.

Results 110 of about 49,200,000 for cinta. (0.10 seconds)

Jika mahu tahu caranya, sertai bengkel kami. Ia akan didedahkan untuk usahawan bisnes kecil yang mahu memasarkan produk mereka di luar ke dalam internet sebelum gawat. Klik di sini.

Kembali kepada cerita Tentang Cinta.

Saya bertemu di alam siber seorang pembaca dan ahli forum yang aktif dalam Tentang Cinta. Dikenali dengan nama Lamantua. Beliau adalah pembaca buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki. Antara buku yang diulang cetak sehingga hari ini. Klik di sini.

Apa kata Cik Lamantua?

“Eh, terjumpa di sini pula. Buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki yang ditulis itu memang berbaloi dibeli. Alhamdulillah menjadi. Bila mahu keluarkan buku yang baru?

“Dari buku ini juga, saya cuba menjadi pendengar yang baik, memahami dan membantu dia. Memang banyak membantu.”

Apa kata saya?

Pertama sekali saya ucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sokongan cik Lamantua kerana membaca buku 77 Tip Melembutkan Hati Lelaki.

Buku itu antara buku yang saya gemar menulisnya kerana ia adalah rakaman pengalaman mereka yang bercinta dan membina cinta mereka sehingga ada ke akhir hayat mereka.

Moga-moga lebih ramai mendapat manfaat daripada buku ini. Insya Allah ada satu buku sedang menanti untuk diterbitkan. Sebuah buku yang ditulis gabungan pandangan orang bujang dan orang berkahwin mengenai dunia cinta.

Nantikan Bagaikan Khadijah di Hati Muhammad.

Apa pun, saya kira cik Lamantua ini orang yang berjiwa kuat dan positif dengan masa hadapan.

Nota: Apakah persediaan bisnes kecil sebelum kegawatan 2009 berlaku. Pemasaran bisnes kecil melalui online adalah jawapannya? Sertai 800 usahawan bisnes kecil seluruh Malaysia yang ingin memperkenalkan bisnes mereka di luar ke dalam dunia internet secara cepat dan tepat!

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini. Beliau merupakan penulis sepenuh masa. Klik mana-mana pakej di sebelah kanan blog ini. Tempat terhad untuk 20 orang sahaja.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: