Cerita ternakan lintah dari Kajang

Tinggalkan komen

Disember 7, 2008 oleh zamrimohamad





Saya baru pulang daripada menemani sahabat lama ke pusat penternakan lintah di Kajang, Selangor. Berpeluang berkenalan dengan pengusahanya yang mahu dikenali sebagai Lan dan isterinya Alin. Tuan Lan dan Puan Alin adalah dua usahawan muda yang melibatkan diri dalam penternakan lintah secara komersial.

Bekas kakitangan Unit Trust CIMB ini menumpukan kepada bisnes ini sepenuh masa. Sistem bisnes mereka mudah, mereka menawarkan pembiayaan penternakan lintah menggunakan sistem pelan.

Tuan Lan dan Puan Elin

Pelabur yang tidak berkesempatan menternak sendiri atau tidak mempunyai kawasan ternak akan membeli pelan mereka dan membuka tempat penternakan mereka di sana. Setiap pelan mengandungi tiga tong mengandungi lintah.

Mereka bertanggungjawab menternak lintah para pemilik yang membeli mengikut kaedah pelan ini. Lintah akan dituai selepas tempoh matang. Sehingga kini mereka hanya mengehadkan hanya kepada seratus pelan sahaja. Ini bagi memastikan mereka dapat menjaga dan mengurus lintah dengan lebih baik dan efisien sehingga ia matang. Meskipun ada permintaan menambah tong, mereka menolak.

Saya bertanya adakah sesiapa yang membeli lebih daripada satu pelan?

“Ada! Seorang daripadanya membeli 15 pelan sekitar 45 tong. Beliau seorang Datin. Tetapi orang seperti beliau membeli pada jumlah yang besar tujuannya hendak menyalurkan harga jualan lintah ke rumah anak yatim dan sekolah tahfiz,” kata Puan Elin.

Penternakan lintah tidak lari daripada cerita yang kurang enak.

Kata Tuan Lan, “Tidak dinafikan, ada kursus-kursus penternakan lintah dikendalikan oleh orang yang tidak mempunyai pusat ternakan. Apabila ditanya mereka teragak-agak mahu menjawab. Rupa-rupanya mereka menggunakan pusat ternakan orang lain.”

Tambah Tuan Lan lagi, ada kursus yang diadakan di hotel-hotel dan diberikan salinan kertas fotokopi sebagai nota. Inilah nilai kursus penternakan lintah yang bernilai RM300 ke atas.

Tempoh matang lintah ada mencapai setahun, hasil tuaian lebih baik biasanya apabila ia dituai buat kali kedua dan seterusnya. Peringkat pertama lebih kepada memenuhu keperluan lintah sendiri menyesuaikan diri dalam keadaan baru.

Pokok kiambang makanan lintah

“Kita lebih mudah mengadaptasi kaedah baru jika kita rajin melihat penternak-penternak lintah lain yang berjaya. Mereka sudah melalui proses try and error berkali-kali sehingga menemui cara yang betul. Maka mereka berkongsi kepada kami,” sambung Tuan Lan apabila bercerita mengenai kaedah menggunakan penutup tong yang mudah dimasuki cahaya.

Sebelum ini pokok kiambang yang menjadi salah satu makanan lintah mudah mati kerana tong ditutup dengan penutup yang tidak boleh dimasuki cahaya.

Selepas mengubah pendekatan, kos membeli pokok kiambang menurun dan lintah yang diternak mendapat pengudaraan lebih baik bagi tujuan pembesaran.

Sebelum
Selepas

Kawasan penternak beliau dikunjungi oleh pembeli pelan untuk melihat hasil ternakan lintah mereka. Kebanyakan mereka datang untuk berbekam menggunakan lintah. Setakat ini, hasil daripada proses bekam menggunakan lintah mendapat respon yang baik.

“Berbekam dengan lintah peliharaan sendiri adalah keputusan pemiliknya yang datang ke sini,” kata Tuan Lan.

Sehari sebelum Eid, macam-macam perkara saya belajar daripada usahawan muda ini. Buku saya yang mana satu cerita beliau akan muncul?

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: