Lapan tip temubual tugasan pelajar IPTA & IPTS

Tinggalkan komen

Disember 8, 2008 oleh zamrimohamad


Salah satu temubual pelajar IPTA tahun lalu

Menjadi penulis bermaksud memenuhi tanggungjawab sosial. Ini termasuklah memenuhi keperluan para pelajar IPTA yang perlu menemuramah individu dan tokoh bagi tujuan tugasan kelas mereka.

Saya cenderung membuat analisa ringkas bagaimana sikap pelajar dalam menyelesaikan tugasan tersebut. Kecenderungan membuat temubual secara e-mel sudah menjadi-jadi sejak beberapa bulan ini.

Melainkan satu kumpulan pelajar berbangsa Cina bersedia mahu ke tempat kerja saya di UIAM ketika itu untuk menemubual. Saya penuhi permintaan itu.

Saya tidak dapat berjanji kerana ada tuntutan komitmen pelbagai. Tetapi dalam beberapa keadaan ruang itu dibukakan. Bagi saya inilah peluang bagi pelajar berekperimentasi berjumpa dan sama-sama belajar serta berkongsi pengalaman baru.

Saya tidak gemarkan temubual e-mel kerana kebarangkalian mereka salin dan tampal ke dalam tugasan mereka tinggi. E-mel saya diambil bulat-bulat dengan sedikit perubahan sahaja. Tidak ada inisiatif kreatif bagi mengembangkannya dengan idea segar mereka.

Bagi mengelakkan hal ini, saya hanya memberi jawapan sebaris ayat sahaja. Mustahil untuk mereka salin dan tampal bulat-bulat dengan sebaris ayat.

Bagi para pelajar, ini saranan saya.

  • Senaraikan soalan yang ingin diajukan, buat carian di blog penulis sebelum bertanyakan soalan. Pandangan, prinsip dan hala tuju penulis boleh didapati disitu. Adaptasi jawapannya daripada entri mereka sebelum ini.
  • Kedua, kekalkan adab menggunakan bahasa Melayu tinggi. Gunakan ejaan yang penuh baik berbentuk pesanan ringkas mahupun e-mel.
  • Ketiga, semak nama individu yang dihubungi. Sikap tidak ambil endah nama menunjukkan sikap tidak endah kita kepada individu berkenaan. Saya pernah menerima e-mel yang mengeja nama saya dengan ejaan yang berbeza berkali-kali.
  • Keempat, usahakan adakan temubual dan bertemu. Tugasan kuliah adalah eksperimentasi pengalaman hidup. Ini akan menjadi kenangan saudara apabila keluar dari kampus.
  • Kelima, saya pernah mendapat pesanan ringkas pelajar yang menggunakan simbol-simbol manja seperti ikon beruang, senyum dan seumpamanya. Usah membiasakan diri dengan kaedah ini khususnya apabila berhubungan secara profesional.
  • Keenam, baca dan beli satu atau dua karya mereka, lawati laman web mereka, fahami corak pemikiran mereka. Usah datang dengan kepala yang kosong. Perkara ini sangat ditekankan oleh Puan Nisah Haron. Ini adalah ciri-ciri pelajar yang mempunyai komitmen dan jiwa terhadap apa yang mereka usahakan.
  • Ketujuh, sediakan salinan tugasan untuk individu ditemubual. Berikan satu salinan selepas selesai. Ia untuk tujuan rujukan.
  • Kelapan, usah memberi pujian melambung ketika menulis e-mel. Saya pernah mendapat perkataan ini, ‘penulis hebat’ dan lain-lain. Percaya, kemudian saya hilang minat dengan e-mel ‘melebih-lebih’ seperti ini. Ada satu kata-kata yang saya ingat, “Berhati-hatilah dengan pujian, ia adalah permulaan kepada kebinasaan.”

Baca pengalaman Puan Nisah dan nasihat beliau kepada pelajar IPTA di sini.

Nota: Ingin menjadi penulis rencana majalah dan akhbar? Sertai kursus mingguan kendalian Zamri Mohamad hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: