Seminar Perniagaan | Pemasaran Internet | Kajian Kes: Jambu Batu JJ88

3

Disember 25, 2008 oleh zamrimohamad



Saya berkesempatan melawat sebuah gerai jualan jambu batu di sekitar Kelana Jaya pada Selasa lalu. Tujuan bagi melihat potensi kepada perkembangan bisnes ini.

Dimaklumkan bahawa bisnes yang dikenali dengan nama JJ88 mempunyai lima buah kenderaan yang berfungsi sebagai gerai bergerak yang beroperasi di sekitar Kelana Jaya dan Rawang. Keuntungan sehari adalah sekitar RM600-RM1000 sehari bergantung kepada lokasi. Saya berada di sana sekitar tiga jam bagi melihat operasi bisnes tersebut.

Secara bersih purata pendapatan daripada penghantaran buah dan pengedaran berbentuk gerai bergerak ini mencapai RMXXXXX sebulan. Saya berkesempatan melihat bagaimana bahan mentah dihantar pada setiap malam selepas waktu berniaga

Menjelang jam 7 malam, waktu gerai mahu ditutup lebih ramai yang mengunjungi gerai ini membeli buah jambu batu dan air jambu batu. Majoriti pelbagai iaitu bangsa Melayu, Cina dan India.

Potensi besar bisnes ini memerlukan laman web bagi menarik pengedar di luar. Bisnes JJ88 telah melancarkan laman web http://www.jj88.com.my.

Itulah tujuan saya berada di sana, menaikan kualiti copywriting atau penulisan untuk menarik jualan dan pengedar baru melalui laman web mereka. Sebelum ini saya pernah menjalankan khidmat yang sama untuk pengedar individu produk Fuel Saver di Selangor.


Sesetengah pembina laman web mempunyai kemahiran merekabentuk laman web yang menarik, tetapi memerlukan khidmat penulisan untuk menjual daripada individu lain. Setidak-tidaknya mereka mempelajari sistem corong bagaimana penulisan dalam laman web membawa pelanggan kepada keputusan mahu membeli.

Proses penulisan untuk tujuan menjual di laman web adalah proses yang mempunyai kaedah dan langkah demi langkah tersendiri. Bagi tujuan itu Seminar Pemasaran Internet untuk Bisnes Kecil diadakan pada Febuari ini. Terdapat lima penceramah dalam pelbagai subjek akan mendedahkan kaedah mempromosi dan melindungi bisnes di dalam dan di luar internet.

Tempat adalah terhad. Klik di sini untuk mendaftar.

3 thoughts on “Seminar Perniagaan | Pemasaran Internet | Kajian Kes: Jambu Batu JJ88

  1. zaharahanum berkata:

    Salam,
    Saya perasan, baru2 ini, di sekitar tmn permata dan tmn melawati, hulu kelang pun dah mula ada gerai2 menjual buah dan air jambu batu.
    Produk dari pembekal yang samakah?

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Setakat yang saya tahu setiap penjual mengamalkan sistem jualan berangkai. Yakni mereka mempunyai lebih daripada satu gerai jualan. Ia boleh dikenalpati melalui nama yang terpampang pada kain pemidang.

    Ada beberapa peniaga yang mengambil buah-buahan daripada satu pembekal. Ada yang dari pembekal pelbagai.

    Yang pasti, stok buah dihantar pada setiap malam ke penjual utama, sebelum diproses dan diedarkan kepada kumpulan rangkaian gerainya.

    Satu lagi trend, peniaga gemar mengambil warga Aceh sebagai penjual. Malah di kampus saya dahulu warga Aceh yang menguruskan kafeteria beberapa tahun lamanya.

    ZAMRI MOHAMAD
    http://www.kursusperniagaan.com

  3. Biar Putih Tulang berkata:

    Tuan zamri, boleh terangkan lebih lanjut perniagaan air jambu batu asam boi ni tak? Bagaimana untuk dapat bekalan untuk perniagaan di negeri pantai timur? saya cuba contact en.atan tapi tak dapat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: