Pemasaran Perniagaan Kecil di Internet | Kajian kes Puan Musringah binti Hj Ismon

Tinggalkan komen

Disember 27, 2008 oleh zamrimohamad


  • Kini, teknologi komputer dan Internet (ICT) bukan sahaja diperlukan untuk mengurus dan meluaskan perniagaan besar, bahkan ia amat perlu untuk mengefisyenkan perniagaan berskala kecil dan sederhana.
  • Mustika Hati Enterprise membuktikan bahawa penggunaan ICT telah membawa kejayaan besar kepada perniagaan pau yang diterokainya sejak 18 tahun yang lalu.
  • Puan Musringah binti Hj Ismon, 48, ketika ditanya mengatakan beliau menyedari pentingnya penggunaan ICT ketika perniagaannya mula mendapat sambutan.
  • Pada peringkat awal, beliau hanya menghasilkan 50 biji pau sehari tetapi pada hari ini, dengan ICT, permintaan terhadap paunya semakin meningkat, kepada sekurang-kurangnya 3000 sehingga 4000 biji sehari.
  • Puan Musringah yang juga pemilik Mustika Hati Enterprise memulakan perniagaan pau pada tahun 1988 secara kecil-kecilan.
  • Pada peringkat awalnya latihan dan bimbingan yang diikutinya banyak berkaitan dengan perakaunan, pemasaran dan kebersihan tetapi hari ini, bagi Puan Musringah beliau perlu mempunyai pengetahuan ICT untuk menguruskan perniagaannya.
  • Walaupun semakin sibuk tetapi beliau tetap meluangkan masa untuk mengikuti kelas komputer dan ICT.
  • PID Sungai Air Tawar juga banyak membantu Puan Musringah untuk mempromosikan produk yang beliau hasilkan. Pau Puan Musringah dan produk-produk pengusaha yang lain dipromosikan melalui laman web PID, cakera padat dan juga pamflet-pamflet.
  • Melalui laman web tersebut penyebaran tentang maklumat pengusaha dan produk yang dikeluarkan oleh mereka boleh diakses di mana saja. Ini membuka ruang untuk produk mereka dikenali ramai.
  • Jika dahulu pengedaran pau hanya tertumpu di sekitar restoran dan kedai makan tetapi dengan promosi yang berkesan pau beliau hari ini turut dijual di Carrefour, Tesco dan juga Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
  • Bagi Puan Musringah, usahawan hari ini perlu mengikuti perkembangan teknologi ICT kerana ia berpotensi luas dan dapat meluaskan perniagaan.
Petikan teks dan foto Aspirasi Digital Online

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: