YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil sudah disiapkan

Tinggalkan komen

Mei 9, 2009 oleh zamrimohamad



Teruskan membaca entri di bawah

———-


Alhamdulillah, YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil sudah disiapkan!

Saya bimbang kepada janji, agaknya itulah yang membuat saya tidak senang duduk. Tetapi saya sudah berjanji dengan Tuan Aizat saya akan hantar manuskrip ini selepas Pesta Buku. Dengan izin Allah, manuskrip ini berjaya disiapkan pada hari ini, Sabtu.

Selepas buku Internet Marketing untuk Bisnes Kecil, saya sudah merancang menulis buku ini bagi disenaraikan sebagai siri buku perniagaan di internet.

Rasa-rasanya buku ini adalah buku dalam Bahasa Melayu pertama mengenai YouTube. Mungkin ada dapat menafikan, maklumkan kepada saya, agar saya dapat membelinya.

Jika kita mencari buku mengenai YouTube dalam bahasa Inggeris di Malaysia, setakat ini ada dua judul sahaja saya temui di Kinokuniya dan MPH Mid Valley.

Terima kasih kepada semua yang membantu dan mendoakan saya sehingga siap manuskrip ini.

Bak kata Puan Ainon, “Sibuk sahaja siapkan buku, tak ada masa nak…..” simpan sendiri kata-kata ini untuk diri sendiri.

Isi kandungan buku YouTube Marketing untuk Bisnes Kecil.

Penghargaan
Prakata

Bahagian 1

Memilih Bisnes untuk Video Jualan

Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes
Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan
Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh
Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike
Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube

Bahagian 2

Video jualan yang memikat pelanggan

Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan
Bab 07 Dari didik kepada menjual
Bab 08 Informasi pada video jualan
Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube

Bahagian 3

Rancang dan rakam video jualan

Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal atau pun murah
Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah
Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan
Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan
Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki

Bahagian 4

Menyunting video jualan

Bab 15 Menukar format video pada kamera digital
Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker

Bahagian 5

Memuat turun video jualan ke Youtube

Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube
Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube

Bahagian 6

Promosi Video Jualan dan jana wang

Bab 19 Promosi video jualan melalui blog
Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul
Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook
Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS
Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite
Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water
Bab 25 SEO video jualan hari ini

Bahagian 7

Lampiran

Bab 27 Senarai semak untuk video jualan
Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil

Bahagian 8

Biodata
Advertorial

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: