Puan Zareena Zainuddin memiliki buku Bagaikan Khadijah

Tinggalkan komen

Mei 11, 2009 oleh zamrimohamad



Teruskan membaca entri di bawah

———-
Puan Zareena Zainuddin, isteri kepada Tuan Syahrul Ezwan memiliki buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah setelah ditag dalam blog beliau di sini. Apakah buku terakhir dibeli, jawab beliau, “Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah” sebabnya, “Saya mahu menjadi isteri solehah.”
Melalui pengalaman Tuan Imran Yusof selaku penulis bersama, beliau mencurahkan pengalaman pengalaman kekeluargaan yang dilaluinya. Sesuai untuk pasangan muda.
Baca di sini

Petikan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah

Secara saintifiknya, cinta yang seimbang memberi kesan positif terhadap biologi manusia. Dr. Thomas Lewis, Pembantu Profesor Klinikal Psikatari dari Universiti California, Jabatan Perubatan memberikan alasannya.

“Amat mengejutkan, otak manusia tidak stabil secara sendiri. Ia telah dicipta dengan keadaan di mana ia memerlukan input, atau bahan dari luar secara kerap dan teratur untuk menstabilkannya. Oleh itu kestabilan irama tubuh anda, sistem imunasi, penghasilan hormon, gerakan jantung dan arteri tidak berlaku begitu sahaja dengan input dalaman sedia ada.

Tambah beliau lagi, “Ia tidak berlaku hanya kerana kita bernyawa dan mempunyai tubuh yang menampungnya, ia memerlukan input dari luar. Ianya datang dari orang lain sekitar kita.”

“Kebenarannya ialah, manusia normal yang sempurna dicipta untuk membina perhubungan. Begitu juga dengan otak, ia dicipta dengan untuk berhubungan dalam keluarga dan komuniti yang besar dalam sistem badan manusia. Sekiranya kita benar-benar mempunyai perancangan untuk terus kekal sihat, sudah pasti dengan memiliki cinta yang seimbang dalam kehidupan melalui ikatan perhubungan,” jelasnya.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: