Ciuman kasih ciuman sayang

1

Jun 8, 2009 oleh zamrimohamad


Saya tertarik pada apa yang disampaikan oleh Tuan Parlindungan Marpaung dalam bukunya Setengah Berisi Setengah Kosong. Dalam bab kedua, bertajuk Ciuman seorang ibu, beliau memberi sudut pandang yang menarik. Dalam kajian dilakukan oleh Bernie Siegel didapati,
  • Suami yang menerima ciuman isterinya lebih yakin dan bersemangat dan kurang berhadapan dengan kecelakaan.
  • Suami yang menerima ciuman isteri sebelum meninggalkan rumah mempunyai peratusan keinginan pada wanita lain lebih rendah.
Dalam hubungan ibu dan anak pula mempunyai kesan yang sama.
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu mempunyai kesan positif pada pelajaran di sekolah
  • Anak yang menerima ciuman sayang ibu lebih tinggi peratusan sabar dan kurang berkelahi.
Ciuman sayang baik daripada suami kepada isteri, ibu kepada anak atau sebaliknya mempunyai kesan positif baik dari segi kesihatan fizikal mahupun emosi. Apabila bercerita mengenai ciuman sayang anak kepada ibu dan ibu kepada anak, ia mengingatkan saya ketika mana pada awal ayah ditakdirkan meninggalkan kami menyahut seruan Allah sebelum kami.
—-
Seorang guru menghubungi saya dan menjemput saya ke rumahnya pada malam beberapa hari selepas itu. Sememangnya saya kerap ke rumahnya beliau pada hari Rabu bagi mengikuti program usrah di rumahnya.
“Ketika mana ayah awak baru sahaja meninggal dunia. Awak perlu memberi perhatian pada hati ibu lebih daripada dahulu,” kata guru.
Beliau berkongsi ceritanya, “Ketika ini ibu saudara sensitif dalam pelbagai hal, malah perkara yang kita anggap baik pun dilihat berbeza.”
Saya diam, memberi ruang untuk ceritanya, “Ketika saya mula-mula mendirikan rumahtangga, ayah saya baru meninggal dunia. Saya kerap menghantar surat kepada ibu di kampung. Saya sebutkan betapa bersyukur saya memperolehi isteri yang baik daripada Allah. Niat saya mahu berkongsi berita gembira itu kepada ibu.”
Sebaliknya berlaku, apabila beliau pulang ke kampung ibunya tidak begitu mesra terhadapnya. Sedikit acuh tidak acuh dan jauh berbeza berbanding dahulu. Sehinggalah pada suatu hari, cikgu saya bertanya kepada adik beradiknya.
“Ibu berkecil hati pada kamu., kata abangnya.
Rupa-rupanya selama ini ibunya berkecil hati kerana apa yang ditulis oleh anaknya dilihat dari perspektif lain. Ibunya menganggap anaknya sudah tidak memerlukan diri orang tua ini apabila sudah mempunyai isteri. Itu andaian si ibu apabila membaca surat-surat anaknya. Sedangkan anaknya tidak terfikir begitu, melainkan mengucap syukur dan berkongsi gembira memiliki isteri yang baik setiap segi.
Cikgu saya berhenti bercerita. Diam seketika. Memberikan masa merasionalkan mengapa niat baik anak disangka sedemikian pula oleh ibu.
Sambung cikgu, “Apabila rakan baiknya tidak ada lagi. Semuanya kelihatan sensitif padanya.”
“Ya, ketika itu ayah cikgu baru meninggal dunia. Jika dulu ibu kita akan mengomel, bercerita, meluahkan segala-galanya mengenai hal si anak pada ayah. Tetapi apabila ‘rakan baik’ tidak ada, pada siapa cerita itu hendak disampaikan?”
Cikgu menasihatkan saya agar berdampingan dengan ibu dalam tempoh kehilangan yang masih baru. Kita menjadi kekuatan kepadanya ketika ini. Perkara yang dianggap baik pada kita mungkin kelihatan oleh ibu seperti sesuatu yang akan meninggalkan dirinya seorang diri.
Satu perkara yang jelas dalam hidup saya sebelum dan selepas ayah tidak ada dalam lingkungan kehidupan kami amat berkait rapat dengan apa yang diceritakan oleh Tuan Parlindungan Marpaung.
Jika dahulu, ketika ayah ada, cukuplah sekadar kami bersalam dan memberi ciuman di tangan ibu. Tetapi apabila ayah tidak ada, tidak cukup sekadar itu. Pipi ibu dikucup dengan rasa kasih, kiri dan kanan pipinya disentuh oleh anak-anaknya. Adakalanya sengaja ibu menyuakan pipinya yang satu lagi apabila satu pipi menerima apa dikata oleh Parlindungan sebagai “ciuman sayang.”
Tidak saya tahu bahawa, perbuatan itu sebenarnya memberi kekuatan kepada ibu.
Parlindungan memetik pandangan Gde Parma berkata, ciuman kasih yang diterima wanita disambut dengan mata yang terpejam, bagi merasai keindahan dalam diri lebih berbanding keindahan di luar. Ia sesuatu yang menenangkan dirinya.
Mungkinkah itu yang dirasai oleh ibu saya apabila anak-anak mencium pipinya?
Saya membelek-belek buku Setengah Berisi Setengah Kosong, melihat cerita-cerita dalam kaca mata hidup sendiri.
Pada masa sama saya memikirkan apakah kita yang masih punya bapa dan ibu pada hari ini ada kekuatan untuk mendorong jiwa salah seorang daripada mereka ketika tiba masa itu nanti.
Ya Allah, permudahkan urusan kami dan berikan kami kekuatan jiwa.
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Ciuman kasih ciuman sayang

  1. herni berkata:

    kisa daripada guru tuh sgt menyentuh jiwa- terima kasih kerana berkongsi cerita!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: