Jangan dengar kata motivator negara lagi, apa kata….

Tinggalkan komen

Jun 17, 2009 oleh zamrimohamad

Para motivator negara berkata, “Kita mesti berhadapan dengan masalah kita.”

Jangan dengar kata mereka,

Saya berkata, “Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar. Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita.”

Jika kita lari daripada masalah, kita lari mengelilingi bumi. Satu perjalanan yang penuh adventure. Kita jumpa rakan baru, kehidupan baru, kerja baru, kediaman baru. Jadi jangan bimbang kita lari sahaja daripada masalah.

Jangan didengar kata-kata motivator dalam negara.

—-

Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi.

Tidak mengapa, saya berkata lagi, “”Kita mesti lari daripada masalah. Lari daripada membuat keputusan yang besar.

Lari daripada berkata ya dan tidak. Terus menerus hilangkan diri kerana ia satu-satunya cara kita menjaga ketidakyakinan untuk terus subur membesar dalam diri kita.”

Kemudian kita lari cukup 360 darjah mengelilingi dunia. Dunia sayang kita, maka graviti menarik kaki kita agar terus lekat ke bumi. Kita lari sahaja dari satu sudut dunia ke satu sudut dunia lain.

Ah, ada masalah baru pula di sudut dunia satu lagi.

—-

Rupa-rupanya ia masalah yang sama. Pada tempat yang sama.

Kali ini saranan saya, “Benarlah kata para motivator seluruh negara, Kita mesti berhadapan dengan masalah kita.”

Melarikan diri hanya memberi masa bukan penyelesaian. Buat keputusan-keputusan kecil untuk membina keyakinan. Buat keputusan besar untuk mematangkan prinsip hidup. Berani hidup dengan keputusan itu.

Nota: Idea tercetus selepas membaca blog Dingin sambil melihat bumi yang bulat dari bulan. Maha suci Tuhan,

Bulatnya bumi ada pengajaran.

Nota: Saya penulis bebas dan jurulatih, bukan seorang motivator kerana saya tidak berminat dengan gelaran itu. Sudah ada yang lebih layak mendapat gelaran itu.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 358,486 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: