Saya mahu jual tangan dan kaki kerana miskin

Tinggalkan komen

Jun 18, 2009 oleh zamrimohamad


Nota: Ini bukan hasil tulisan saya.

Isinya bagus dan saya petik dari Bicara Muslim

Ada seorang miskin datang mengadu kepada salah seorang ulama tentang kemiskinannya. Seolah-olah Allah tidak memberi kepadanya sebarang nikmat pun.

Lantas ulama tadi berkata kepadanya: Mahukah anda menjual penglihatan anda dengan harga seratus ribu?

Jawabnya, “Tidak.”

Tanyanya lagi, “Mahukah anda menjual pendengaran anda dengan harga seratus ribu?”

Jawabnya, “Tidak.”

Lalu ulama terus bertanya, “Mahukah anda menjual dua tangan anda dengan harga seratus ribu? Dua kaki anda dengan harga seratus ribu? Akal fikiran anda dengan harga seratus ribu?

Semuanya dijawab, “Tidak.”

Kemudian berkatalah ulama tadi kepadanya, “Tadi anda mengadu kemiskinan sedangkan anda memiliki beratus-ratus ribu.”

Dengan demikian sedarlah orang tadi bahawa nikmat-nikmat yang selain daripada harta benda jauh lebih banyak dan besar daripada nikmat harta.

—-

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu…..” Surah Ibrahim ayat 7

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,941 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: