Dua pengunjung blog terima hadiah buku Julai 2009!

2

Julai 6, 2009 oleh zamrimohamad


Bulan ini saya memilih dua komen pengunjung bulan Julai 2009. Kedua-dua komen ini bakal menerima hadiah buku daripada saya. Pilihan komen seterusnya bermula pada hari ini sehingga Ogos.

Mohon Puan Tunfrida dan Cik Puan Welma memaklumkan saya alamat perhubungan bagi urusan penghantaran. E-mel zamrimohamad@gmail.com

Komen bagi entri Enam sebab mengapa saya mahu hadiahkan buku oleh Tunfrida

Salam Tuan zamri,

Membaca coretan tuan tentang ‘hadiah buku’ menggamit kenangan saya yangg hampir sama. Teringat bgaimana minat membaca saya disuburkan oleh mak saya. Antaranya, buku cerita nabi. Sehingga sekarangpun saya masih memilikinya.

Saya juga kumpul wang saku untuk beli buku cerita siri penyiasatan yang popular ketika itu, siri Salma dan Tiga Sahabat.

Cerita kutip buku lama di universiti itu pun pernah saya lalui. Tetapi waktu itu saya cuma ambil buku yang dapat saya manfaati, tidak terfikir pula kalau ambil semua, saya boleh jual balik!

Hahaha

  • Sekarang, setelah berkeluarga, selain belikan buku untuk anak-anak, saya juga lebih senang menghadiahkan anak sahabat-sahabat saya dengan buku-buku yang dapat mereka manfaati.

Saya sudah baca Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Pebas dan hampir tamat buku Tip Menjadi Penulis Bestseller.

  • Walaupun sekadar menulis di blog secara suka-suka. Saya dapati, kedua-dua buku tersebut amat berguna. Namun masih ada yang perlu saya baiki dari segi gaya penulisan dan penguasaan bahasa.

Moga dibukakan pintu rezeki untuk saya, dan dimurahkan rezeki untuk Tuan.

Wassalam.

Komen pilihan bagi entri Buku naik pangkat, disayangi bos, dihormati rakan sekerja oleh Welma La’anda

Salam,

Saya pun tidak pernah terpanggil untuk membeli buku Mengurus Konflik Gaya Streetsmart walaupun saya tahu kualiti isi kandungannya yang bagus.

  • Saya selalu juga belek-belek tulisan Tuan (buku-buku yang berunsur pengurusan) di kedai buku, dan apa yang saya boleh simpulkan ialah hasil tulisan Tuan mengandungi idea, pemikiran bernas, up to date dan dipersembahkan dengan cara bagus sekali.

Walaupun begitu, untuk karya Tuan, saya hanya memiliki Tip Menjadi Penulis Bestseller. Saya belum lagi mempunyai satu kecenderungan apabila nampak buku Tuan, “Oh saya kena beli”.

Kenapa ini terjadi?

Saya merasakan bukan kerana kualiti yang tidak bagus atau kerana istilah streetsmart.

Pembaca sekarang bukan semuanya dari golongan yang pembaca tegar yang begitu kisah sangat tentang perkataan.

Cuma, sekarang banyak pembaca ikut-ikutan. Kalau orang lain kata, buku ini bagus, maka dia akan membeli.

Kekadang, walaupun dia tahu buku itu bagus, tidak juga dibelinya, mungkin kerana jenis buku itu yang tidak disukai.

Pada penilaian saya, orang Melayu Malaysia suka membaca buku-buku motivasi berunsur agama. Cuba tengok Yakjuj Makjuj laku, karya-karya Dr Danial laku keras juga, Jatuhnya Sebuah Tamadun pun laku.

  • Jadi apabila ternampak buku-buku yang berunsur pengurusan ditulis dalam bahasa Melayu, ini sesuatu yang baru. Pemikiran rakyat kita belum sampai ke situ, sebab kita masih lagi tegar disogok oleh karya-karya pengurusan tulisan Inggeris.

Jadi untuk mengubah persepsi ini, kita perlukan kesungguhan dalam promosi tentang buku-buku pengurusan.

Saya setuju pandangan Ibnurabi, kita perlu promosi yang kuat. Ia perlu selalu diperkatakan, biar kita biasa mendengarnya. Bila biasa mendengar, baru kita sebagai pembaca dan pembeli teringin nak baca pula buku-buku berbentuk pengurusan.

Nota: Buku ini boleh didapati di MPH dan Popular serta kedai buku berdekatan. Jika tiada boleh buat pesanan di kaunter pelanggan di MPH dan Popular. Sesuai dijadikan buku hadiah.

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Advertisements

2 thoughts on “Dua pengunjung blog terima hadiah buku Julai 2009!

  1. Anak Rembau berkata:

    Assalamu'alaikum Tuan,

    Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih dengan usaha tuan menghadiahkan buku bagi komen yang terbaik.

    Saya menghantar komen bukan kerana nakkan buku sebagai hadiah.

    Setiap kali saya mendapat duit dari mana-mana sumber saya akan membelanjakan hampirkan separuh duit saya dengan membeli buku. Malahan saya pernah membeli hampir RM400 sebulan dan juga sanggup berlapar semata-mata untuk membeli buku. Sikap inilah yang saya tanamkan di dalam setiap diri anak-anak saya. Saya akan menghadiahkan buku setiap kali mereka memperolehi kejayaan di dalam peperiksaan tanpa mengira usia mereka. Ini tidak mengambilkira majalah langganan seperti Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Dewan Masyrakat dan Dewan Budaya.

    Saya tidak menetapkan genre apa yang harus dibaca oleh anak-anak saya. Saya akan beli mengikut apa saja yang diinginkan oleh anak-anak saya iaitu mengikut kecenderungan dan minat mereka. Namun begitu, saya memilih buku yang saya fikirkan bersesuaian untuk remaja dan kanak-kanak.

    Mungkin kenapa ramai yang tertanya-tanya kenapa saya sanggup menghabiskan ratusan ringgit hanya untuk membeli buku. Tujuan saya hanya melatih mereka mencintai ilmu dan buku di samping itu juga saya sedang melatih anak-anak saya meluahkan apa yang mereka rasakan sama ada melalui penulisan ataupun bercerita.

    Ini telah dibuktikan oleh anak saya perempuan yang telah dipilih sebagai wakil sekolah di dalam pertandingan bercerita peringkat daerah di mana beliau telah berjaya tempat yang ketiga. Manakala anak saya yang sulung telah dipilih sebagai wakil sekolah di dalam program 'Bengkel Pengendalian Majlis' Anjuran Jabatan Penerangan Daerah Rembau.

    Cara pilihan buku yang ingin dibeli agak berbeza dengan orang lain. Saya tidak membeli buku hanya berdasarkan siapakah penulisnya kecuali novel sejarah seperti Faisal Tehrani. Saya membeli berdasarkan keseronokan yang saya perolehi semasa membaca. Susunatur buku, font yang digunakan dan bahan yang ingin dibawa sama ada mudah difahami ataupun tidak. Selalunya saya tidak akan terus membeli yang diinginkan. Saya akan membelek buku tersebut beberapa kali sambil melihat buku-buku yang lain sehinggalah saya merasakan buku tersebut benar-benar sesuai untuk dibeli.

    Untuk pengetahuan Tuan Zamri, saya merupakan salah seorang peserta bengkel penulisan anjuran tuan di UIAM. Cuma saya belum lagi menulis rencana lagi. Sekarang ni saya dalam proses menulis buku mengenai Adat Rembau dan Perkampungan Tradisional di Rembau. Projek ini memerlukan komitmen dari segi masa dan diri yang tinggi sbb ianya melibatkan kajian dan penyelidikan.

    Saya ucapkan terima kasih dengan ilmu yang diberikan semasa kursus. terima kasih bebanyak.

  2. Blog Rasmi Motivasi Minda berkata:

    Tuan yang saya hormati dan dirahmati Allah,

    Saya masih ingat lagi apabila Tuan menyebut mengenai buku mengenai Adat Rembau dan Perkampungan Tradisional di Rembau.

    Ini antara perkara yang saya masih jelas ingat kerana antara salah satu topik yang tuan kongsi ketika kita minum pagi dan sesi petang.

    Saya berdoa pada Allah moga-moga buku ini disiapkan dan diberikan kemudahan dalam apa jua usaha menulis.

    Saya gembira apabila komen-komen seperti ini dikongsi dan dapat dibaca ramai. Komen seperti ini benar-benar memberi inspirasi dan mendorong orang lain berbuat perkara yang sama.

    Dengan ini membeli, menghadiah dan membaca buku sudah jadi budaya.

    Salah satu perkara yang menjadi inspirasi besar kepada saya membudayakan hadiah buku ini selepas menghadiri majlis perkahwinan, di mana para hadirin dihadiahkan buku kecil bersama-sama buah tangan lain seperti gula-gula, kek dan telur.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,182 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: