E-mel membunuh perniagaan sendiri

Tinggalkan komen

Julai 7, 2009 oleh zamrimohamad


Apabila mengendalikan bengkel dan seminar di bawah kursusperniagaan.com, salah satu aktiviti yang saya kendalikan bagi tujuan pemasaran dan jemputan kepada pengusaha perniagaan kecil di negara ini ialah berurusan melalui e-mel.

Ini adalah medium komunikasi yang penting bagi memastikan survival perniagaan kita. Bermula daripada memperkenalkan perniagaan, menjalankan perniagaan dan mengembangkan perniagaan, e-mel adalah saluran kepada pelanggan menghubungi kita.

Saya mengumpul ratusan kad perniagaan dan kad perhubungan milik peribadi. Ia datang dari pelbagai sumber. Salah satunya adalah menghadiri ekspo perniagaan dan bengkel-bengkel keusahawanan. Sekali-sekali bertemu secara individu dalam situasi tidak formal.

Satu perkara yang mengejutkan saya adalah sesetengah kad perniagaan yang saya terima mempunyai e-mel yang tidak berfungsi sama sekali. Ia bukan sahaja menggagalkan perhubungan malah menggagalkan potensi perniagaan sendiri. Terdapat beberapa sebab mengapa emel para peniaga tidak berfungsi seperti yang diharapkan.

Emel yang didaftarkan sudah lama tidak disemak. Sehinggakan inbox atau peti emel sudah mencapai tahap maksima. Setiap emel yang dihantar pelanggan tertolak semula atau bounce kepada pengirim.

Emel yang didaftar sudah lama tidak disemak. Meskipun inbox masih mempunyai kapasiti yang mencukupi, tetapi akaun itu dibatalkan serta merta apabila ia tidak disemak melepasi tempoh minima yang ditetapkan oleh pengendali. Sesetengah pengendali memberi tempoh sebulan atau pun tiga bulan kepada pemilik emel bagi menyemak inbox.

Emel yang didaftar pada pengendali yang mematikan sistem emel. Kebiasaannya ia berlaku pada pengendali emel percuma selain daripada pengendali yang mempunyai perkhidmatan enjin carian atau search engine seperti Google. Akibatnya seluruh e-mel yang diterima dan dibalas dipadamkan dan sistem ditutup tanpa apa-apa notis.

Emel yang didaftar dan yang tercatat pada kad perniagaan atau pada mana-mana risalah perniagaan adalah berbeza sama sekali. Ini disebabkan kesalahan ejaan pada emel yang dinyatakan. Ini menyebabkan pelanggan tidak dapat menghubungi peniaga kerana kesilapan ejaan emel.

  • Akan datang buku terbitan PTS Professional, aplikasi Google untuk bisnes kecil
Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.
Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,102 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: