Perubahan adalah sesuatu yang indah.

1

Julai 29, 2009 oleh zamrimohamad


Perubahan adalah sesuatu yang indah. Carl Weathers, “Change is Beautiful” dalam kempen mingguan beliau di YouTube.

Sambil membawa basikal dengan sebakul bunga, Carl mengambil sejambak bunga dan memberikan kepada seorang wanita yang khusyuk membaca. Kata Carl, “Jika kita berdua seekor beluncas, kita akan berubah keluar dari kepompong dan mempamerkan kecantikan seumpamanya. Awak berubah dan saya berubah, kita berubah. Perubahan itu adalah sesuatu yang indah.”

Carl kembali membawa basikalnya yang masih penuh dengan bunga-bunga segar.

Jarang sekali perubahan dilihat sebagai sesuatu yang indah. Kerana kita seronok dan selesa melihat dan merasai sesuatu yang biasa dilalui setiap hari. Saya juga selalu terlepas pandang melihat perubahan sesuatu yang baik kerana ia mencabar jiwa yang sudah bermukim dengan kebiasaan itu. Maka hati itu mesti dipujuk dan diberitahu apa yang baik melalui perubahan ini.

Saya membaca entri sahabat saya. Beliau dan teman-teman akan berpindah ke sebuah pejabat baru, bermula bila, saya tidak tahu. Dengarnya pada bulan Ogos. Kemudian menyusul teman-teman yang lain kemudian.

—-

Ibu menghubungi saya petang tadi kerana ada urusan keluarga perlu diselesaikan di Melaka. Satu pandangan mengenai perubahan daripada ibu saya ialah, “Selalu bersyukur. Kita selalu mendapat banyak perkara baik dalam hidup meskipun ada satu dalam hidup yang kita inginkan begitu sukar mahu diperolehi,” itu katanya melalui telefon petang tadi.

Apa jua perubahan, kita menemui sesuatu yang baru dan meninggalkan sesuatu yang sedia ada. Satu, dua atau beratus nikmat kecil yang kita perolehi dahulu, tingkat rasa syukur itu tidak usah dilepaskan jauh. Kerana itu tandanya kita orang beringat dan melatih jiwa agar menghargai.

Perubahan adalah sesuatu yang pasti. Apakah emosi yang terbit dan menyelubungi hati kita? Pastinya sedih seketika dan senyuman sebagai penggantinya.

—-

Apa perubahan bakal berlaku dalam hidup saya?

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Perubahan adalah sesuatu yang indah.

  1. drbubbles berkata:

    Saya sukakan perubahan kerana ia akan membuatkan kita tidak leka dan lalai dalam zon selesa.

    Dengan perubahan juga kita akan lebih mengenali diri kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: