Booster atau pendorong dalam hidup

2

Julai 31, 2009 oleh zamrimohamad


Saya petik kata-kata ini dari sebuah blog. Kerana ruangan itu selalu berubah-ubah maka saya petik dan siarkan semula ayat-ayat ini yang dapat dijadikan booster atau pendorong dalam hidup sama ada peribadi mahupun kerjaya. Semoga ia memberi manfaat pada semua.

  • Merasakan diri lemah adalah titik untuk memajukan diri.
  • Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati.
  • Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi ada kalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus.
  • Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tidak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran.
  • Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan.
  • Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai.
  • Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.
  • Benarlah usaha itu tangga kejayaan. Tetapi jika tiada kesungguhan dan niat bukan kerana Allah, samalah seperti anda menggunakan tangga untuk turun ke bawah.
Advertisements

2 thoughts on “Booster atau pendorong dalam hidup

  1. UstazCahaya berkata:

    Jawapan saya kepada komen saudara di http://ustazcahaya.com/youtube/the-best-part-of-laskar-pelangi-1-seroja-nyanyian-mahar.html

    TERIMA KASIH SAUDARA ZAMRI MOHAMAD

    Sejak memulakan blog ini, memang saya pernah atau selalu juga berangan-angan untuk mendapat komen daripada beberapa individu tertentu antaranya mereka yang saya minati dan banyak belajar daripada mereka. Antara mereka yang saya angankan itu adalah Saudara Zamri Mohamad yang saya banyak belajar tentang penulisan dan industri penulisan daripada tulisan/ karya beliau.

    Dalam masa yang sama saya selalu mengingatkan diri bahawa ini hanya angan-angan bukan betul-betul;-) Heh, sedangkan blog ini masih ketandusan komen. Saya sendri tidak mengharap dalam masa terdekat blog ini akan mendapat perhatian daripada individu-individu yang saya sebutkan di atas. Ini kerana saya sendiri masih terlalu kurang melakukan promosi terhadap blog ini.

    Namun Saudara Zamri Mohamad, yang merupakan antara penulis yang saya hormati dan kagumi, merealisasikan angan2 saya ini pada June 16, 2009 yang lalu. Saya agak teruja dan terkejut semasa mendapati beliau meninggalkan komen pada blog ini.

    Saya ucapkan terima kasih dan penghargaan kepada kesudian beliau meninggalkan komen tersebut. Ada ubi ada batas, lain kali komen la lagi;-)

  2. an-nidxam berkata:

    wow! aku pun bangga dapat komen seadanya dpd saudara Zamri Mohamad 😉

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,006 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: