Buat Duit dengan YouTube muncul dalam akhbar Metro

Tinggalkan komen

Ogos 12, 2009 oleh zamrimohamad


Ulasan buku Buat Duit dengan YouTube dalam akhbar Metro
Mutiara Minda, memperkasa bahasa

Mutiara Minda, rangkaian kedai buku MPH telah menyiarkan ulasan buku Buat Duit dengan YouTube dalam akhbar Metro, Selasa 11 Ogos 2009. Terima kasih kepada tim MPH Bookstores.

—–

Terima kasih kepada tim PTS Professional sehingga terbitnya buku Buat Duit dengan YouTube. Terima kasih kepada semua ahli PTS atas bantuan dan kesabaran mengendalikan buku ini bermula dari peringkat idea sehinggalah ia diterbitkan dalam bentuk buku.

Boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai buku terdekat. Kedai buku rangkaian menyediakan khidmat pesanan buku jika tiada stok.

Informasi buku

Buat Duit dengan YouTube
Zamri Mohamad
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. RM 18.00 / RM 20.00 (Sabah & Sarawak),

Youtube adalah laman web yang keempat paling banyak dilawati oleh rakyat Malaysia setiap hari. Jadi, adalah satu kerugian besar jika pengusaha bisnes di Malaysia mengabaikannya.

Melalui Youtube, kita boleh membuat duit hanya berbekalkan talian internet dan komputer. Bermula dari melancarkan video jualan, kita mampu meraih perhatian penontonnya. Seterusnya dengan teknik yang berkesan, mereka bertukar menjadi pelanggan pula.

Memuat naik video jualan ke laman Youtube tidaklah sesukar yang disangka. Mudah dan pantas. Namun, cabarannya adalah memastikan video jualan itu benar-benar berkesan, tepat pada sasaran, dan mencapai misi utama.

Melalui buku ini, kita akan didedahkan dengan:

  • Persediaan untuk merancang dan merakam video jualan.
  • Ciri-ciri video yang paling berkesan untuk promosi.
  • Kaedah penyuntingan video jualan.
  • Cara teknikal menaikkan video ke dalam Youtube.
  • Strategi meningkatkan penonton video jualan.

Oleh itu, usahawan, penyedia servis, penulis blog, malah sesiapa saja yang berminat untuk buat duit dengan Youtube, wajib membaca buku ini.

Zamri Mohamad adalah seorang penulis bebas dan sering menganjurkan seminar teknik penulisan. Buku ini ditulis berdasarkan pengalaman beliau mengaplikasikan Youtube untuk mempromosikan seminar penulisan beliau. Buah fikiran beliau boleh dibaca melalui blog http://www.zamrimohamad.com

Penghargaan
Prakata

Bahagian 1 Memilih Bisnes untuk Video Jualan
Bab 01 Youtube bukan pilihan tetapi kemestian dalam bisnes
Bab 02 Jenis bisnes yang sesuai dijadikan video jualan
Bab 03 Tiga elemen video jualan berpengaruh
Bab 04 Strategi pemasaran YouTube cara Nike
Bab 05 Penjenamaan berulang melalui YouTube

Bahagian 2
Video jualan yang memikat pelanggan
Bab 06 Jadikan video jualan menambah keuntungan
Bab 07 Dari didik kepada menjual
Bab 08 Informasi pada video jualan
Bab 09 Mencari rakan niaga di YouTube

Bahagian 3 Rancang dan rakam video jualan
Bab 10 Pilihan peralatan yang mahal ataupun murah
Bab 11 Menghasilkan storyboard cara mudah
Bab 12 Skrip memikat hati pelanggan pada video jualan
Bab 13 Paparan visual produk dan perkhidmatan
Bab 14 Video jualan cara Robert T Kiyosaki

Bahagian 4 Penyuntingan video jualan

Bab 15 Menukar format video pada kamera digital
Bab 16 Suntingan mudah menggunakan Windows Movie Maker

Bahagian 5 Memuat turun video jualan ke Youtube
Bab 17 Memuat turun video jualan ke dalam YouTube
Bab 18 Suntingan maklumat video jualan di YouTube

Bahagian 6 Promosi Video Jualan dan jana wang
Bab 19 Promosi video jualan melalui blog
Bab 20 Promosi video jualan melalui Tubemogul
Bab 21 Promosi video jualan menggunakan Facebook
Bab 22 Promosi video jualan melalui SMS
Bab 23 Promosi video jualan melalui minisite
Bab 24 Persembahan video jualan cara Hijrah Water
Bab 25 SEO video jualan hari ini

Bahagian 7 Lampiran Bab 27 Senarai semak bagi video jualan
Bab 28 Kit perniagaan untuk perniagaan kecil

Bahagian 8 Biodata
Advertorial

——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: