Mina | Menjadi Penulis Bestseller (2009)

Tinggalkan komen

Ogos 12, 2009 oleh zamrimohamad


Cik Puan Mina merupakan pembaca Tip Menjadi Penulis Bestseller (2009) dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (2006).

Salah satu sebab saya memilih entri ini meskipun ia tidak ada ulasan berkenaan buku-buku tersebut ialah ingin berkongsi kepada para pembaca keseronokan beliau kepada bahan bacaan.
Melihat susun atur buku di kediaman beliau menjadikan saya kagum dan sedikit sebanyak terpengaruh mahu mengikutinya. Lebih menarik lagi, minat terhadap buku juga mendorong beliau menyewakan bahan bacaan yang dimilikinya. Ini adalah salah satu cara bagaimana ilmu yang baik dapat dimanfaatkan.

Saya petik sebahagian daripada entri daripada blog beliau.

—–

Kehidupan, waktu dan wang saya banyak dipengaruhi oleh buku. Sejak dari kecil saya suka dengan buku. Buku adalah ‘role model’ kehidupan saya. Pendek kata hidup saya sentiasa berdamping dengan buku.

Perasaan cinta, sayang dan ghairah terhadap buku, susah untuk saya gambarkan. Pernah satu hari tu saya tidak boleh tidur malam kerana buku kesayangan saya dipinjam oleh kawan baik saya. Itu bermakna kecintaan buku mengatasi sayang saya pada sahabat baik saya.

Sebenarnya saya mahu kawan-kawan di luar sana merasai apa yang saya rasai sekarang. Percayalah setiap wang ringgit yang anda keluarkan untuk membeli atau menyewa sesuatu buku itu amat berbaloi pulangannya.

Malah pada pendapat saya, ilmu itu tak ternilai berbanding wang ringgit anda yang tak seberapa itu.

—–

Sebuah khemah yang didalamnya ada perpustakaan adalah lebih indah daripada sebuah istana yang megah tetapi didalamnya tidak ada buku.

—–

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau yang sudi menjadikan dan membaca buku Tip Menjadi Penulis Bestseller (2009) dan Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas (2006). Mereka yang berminat dapat memilikinya di kedai-kedai buku di seluruh negara termasuk kedai buku rangkaian MPH dan Popular.

Sekiranya Tuan dan Puan pernah membaca salah satu buku hasil tulisan Zamri Mohamad. Dapatlah dikongsi pengalaman membacanya kepada penulis di zamrimohamad@gmail.com.

—–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,136 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: