Buat Duit dengan YouTube | Pandangan Pengamal Komunikasi dan Media

Tinggalkan komen

Ogos 16, 2009 oleh zamrimohamad


Siapakah Tuan Zubli Zainordin?

Lecturer
BRO 538 – Radio And Television News
Faculty Of Communication And Media Studies
Universiti Teknologi MARA (UiTM, Shah Alam)

I am the Pioneer of The Art and Science of Total Success. In mission I prefer to serve as a Prime Mover of Malaysia. In practice I am a Public Communicator.

I am MARA Business Management Consultant, MARA Expert Trainer. I am a now amongst the Steers, National Book Development foundation (417309-P).

A Speaker At the Akademi Buku Malaysia. I have authored four books in my native language. I am now active here at Facebook, for friendship, and potentially building an e-Community. So, let’s communicate.

——-

Daripada Tuan Zubli Zainordin

Mendahului pembaca, menghidangkan informasi berharga, bernilai, dan bermakna dengan kita semua.

Terkini, hasil usahanya ialah buku, Buat Duit Dengan YouTube, penerbitan PTS Professional Sdn Bhd – tersohor di Malaysia dalam arena penerbitan buku. Buku cetakan BS Print (M) Sdn Bhd, dengan kemasan penyudah terpuji.

Dijayakan setelah edit yang berpengalaman pimpinan Editor Kanan, Aizat Abdul Razak. Serta semua yang berperanan menerbitkan buku ini pemuas dahaga buku seumpama, 2009.

Membaca “Buat Duit Dengan YouTube“, hampir 200 mukasurat, natijah yang boleh pembaca manfaatkan ialah bagaimana orang yang skeptik pada awalnya, lantaran tidak percaya bahawa Internet dapat membantu bisnes dikembangkan. Hal ini kerana mereka menyangka Internet hanyalah untuk mencari maklumat dan bersosyel. Namun, sebenarnya kita boleh buat duit dengan YouTube.

Dengan demikian, pembaca khususnya mereka berkecimpung dalam bisnes, pabila setelah membaca buku ini dan memperolehi natijah itu, maka suburlah perniagaan, industri, dan ekonomi negara.

Ainon Mohd – sumbangan bakti terus-terusan dalam arena penerbitan buku hebat di Malaysia.

Jika ada buku yang lebih kuah dari isi, tidak yang ini. Tulisan Zamri Mohamad memang langsung, padat berisi maklumat, dengan gaya bahasa yang mudah difahami, diiringi payungan falsafah penerbitan pegangan Ainon Mohd sejak dahulu hingga kini, yang selesa lazim kita kenali beliau.

Tanpa mengira lazim bahagian depan dan belakang, buku ini memuatkan mantap 27 Bab, ringkas, menarik, dan berguna.

  • Buktinya:

Diantara tarikan bacaan buku ini ialah YouTube Bukan Pilihan Tetapi Kemestian dalam Bisnes; Jenis Bisnes yang Sesuai Dijadikan Video Jualan, Tiga Elemen Video Jualan Berpengaruh; Strategi Pemasaran YouTube Cara Nike. Seterusnya, sama menarik terdapat 23 bab lagi.

Mudah pula dibaca dan diterjemahkan kepada tindakan susulan. Ertinya likuan yang dilalui dan dialami sendiri Zamri Mohamad, jejak langkah dalam pengalamannya itu, diterang jelas dalam buku ini supaya mampu jika sanggup diikuti susul pula kita semua dengan jaya khususnya pembaca kalangan mereka dalam arena bisnes.

Benarlah bahawa Zamri Mohamad telah mengambil langkah proaktif dan mengajak kita pula untuk turut proaktif sama. Maksudnya, YouTube yang begitu popular dengan kunjungan di antara tertinggi di dunia siber, sebelum ini sekadar dilawat sahaja. Atau petik angkat klip menarik untuk paparan di Blog umpamanya. Namun, bagi mereka yang proaktif, kenapa tidak, buat duit dengan YouTube. Satu peluang manis yang menjanjikan penyediaan ganjaran bukan kepalang lumayannya.

Memang sudah ada kalangan mereka dalam jumlah pengguna Internet di Malaysia yang telahpun melakukan ini. Namun tidak ramai sudi berkongsi cara bagaimana ianya terlaksana dan tercapai hasil yang memuaskan. Inilah kelebihan Zamri Mohamad. Dia sudi berkongsi informasi terpilih eksklusif.

Diharapkan setelah buku ini dibaca maka boleh pula kita manfaati dengan mengundang Zamri Mohamad, penulis buku ini yang juga penyelidik bebas, konsultan, juru runding bisnes, supaya dialukan ke atas pentas untuk berkongsi lanjut dari pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan kepakarannya dalam bidang ini.
Jika ditanya kepada saya, maka jawab saya, belilah buku ini, bacalah dengan kefahaman dan penghayatan, kemudian jom buat duit dengan YouTube.

——–

Buat Duit dengan YouTube boleh didapati diseluruh rangkaian kedai buku MPH, Popular dan kedai-kedai buku seluruh negara. Pesanan boleh dibuat melalui kaunter kedai buku terbabit. Atau dapatkan secara online. Klik di sini.

——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: