Kitab agama, pewangi kereta dan komisen seringgit

1

Ogos 16, 2009 oleh zamrimohamad


Minggu lalu saya bertemu seorang penjual kitab agama di restoran Bidayah. Wanita muda ini memandang saya dari jauh dan tidak menjual produk itu kepada saya sehinggalah saya menghampirinya dan bertanya.
“Ini buku panduan Tarawih, Puasa & solat Hari Raya,” jawabnya.
“Berapa harganya?”
“RM20.00 termasuk CD.”
“Kenapa tidak jual pada saya?”
“Saya fikir tuan orang Cina.”
“Saya mahu beli!”

Dalam sehari penjual ini mesti berjumpa 100 sehingga 150 orang untuk menghasilkan enam hingga 10 jualan setiap hari. Apabila dicongak, 20 orang dalam masa sejam. Tempoh tugas mereka dari jam tujuh pagi sehingga tujuh malam.

Penjual ini mengingatkan saya kerja yang sama saya lakukan 10 tahun dahulu. Berpakaian kemeja ungu, berjalan dari satu restoran Cina ke satu restoran Cina lain sekitar Malim. Kemudian saya ke bengkel-bengkel kereta dan restoran Melayu. Berhenti sebentar dan sambung semula berjalan di sekitar stesyen bas Melaka. Semata-mata mahu menjual pewangi kenderaan berharga sepuluh ringgit.

Apabila ketemu sama rakan-rakan yang berjalan sama teman mereka, saya berjalan tunduk, tapi langkah menghampiri mereka. Mudah-mudahan kotak yang berisi wangian itu dibeli oleh rakan saya atau dibeli atas pujukan rakan wanita mereka.

Semuanya semata-mata mahukan komisen bagi setiap pewangi sejumlah seringgit tujuh puluh sen.

Mahukan nilai wang ini mesti bekerja dari jam 7 pagi sehingga 7 malam setiap hari.

Tambahan lagi, saya menaiki motor dua lejang milik senior yang menunjuk cara menjual seawal pagi dalam keadaan beliau baru sahaja kemalangan seminggu lalu. Lutut beliau masih cedera dan bernanah.

Geleng kepala.

——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Kitab agama, pewangi kereta dan komisen seringgit

  1. zaharahanum berkata:

    Tuan Zamri,

    Setiap kali saya menggeleng kepala atau mengatakan "tidak!" kepada penjaja ini, hati saya tersayat.

    Saya faham, bukan mudah untuk menjaja jualan mereka. Berpanas, berhujan. Komisen tidak seberapa. Kalau masih muda, masih ada tenaga. Tapi bagi mak cik2 yang menjaja kerepek, apalah daya mereka.

    Saya tidak punya wang untuk membeli jajaan mereka. Saya hanya punya sebaris doa, mengharapkan rahmat Tuhan agar mereka dikurniakan rezeki yang barakah, hati yang tabah dan keimanan kepada Allah yang tidak pernah goyah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: