Baiti Jannati di hati kami, di jiwa kami

Tinggalkan komen

Ogos 22, 2009 oleh zamrimohamad


Komen pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah terbitan PTS Millenia pada Ogos 2009.

Siapa pembaca buku ini?

—–

Bintang Timur dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Laut, Palekbang, Tumpat, Kelantan oleh ayahanda Wan Ismail Bin Wan Ibrahim dan bonda Rahmat Binti Hassan. Anak keempat daripada enam orang bersaudara. Dua puteri dan empat putera.

Memulakan pengajian di SRK Kg. Laut, SMK Kg.Laut, dan Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu.

Meneruskan pengajian dalam Foundation of Science (Engineering) di Unisel dan BSc(Hons) Mathematics with Statistics.

Berminat dalam aktiviti kemasyarakatan, kajian, sosial dan ketamadunan.

—–

Komen dipetik seperti berikut.

Baru sahaja selesai mengkhatamkan buku tersebut. Banyak input berguna buat si gadis, sang teruna, para suami dan isteri, dan mereka yang ingin menambah pengetahuan dalam soal rumah tangga. Buku ini saya beli ketika Pesta Buku Antarabangsa di PWTC yang lalu. Tersandar di dalam almari. Cuti ini saya gunakan untuknya. Membaca dan menghayati.

Bagi seorang manusia yang belum mengenal erti alam rumah tangga, saya tertarik dengan kupasan yang telah diolah oleh penulis.

Saya membaca bukan kerana saya bakal menamatkan alam solo dalam masa terdekat ini, tetapi sebagai persediaan dan ilmu bermanfaat untuk saya dan semua.

Mencari titik persamaan di sebalik beribu-ribu perbezaan adalah perkara yang terlalu sukar namun, di sebalik kesukaran itu ada manisnya.

Suami mengimpikan isteri sehebat Siti Khadijah. Isteri pula mengimpikan suami semulia Rasulullah s.a.w. Itulah gambaran yang diberikan oleh penulis. Lumrahnya, manusia mencari kesempurnaan dan mengabaikan kekurangan, kekhilafan dalam diri sendiri.

Saya menjadikan ayahanda dan bonda sebagai role model bagi membina sebuah ikatan perkahwinan dan keluarga yang bahagia. Ketegasan bonda dan kelembutan bicara ayahanda telah melahirkan kami berenam yang mengikut acuan mereka.

Mereka sebenarnya telah berjaya mewujudkan baiti Jannati di hati kami, di jiwa kami.

Tahniah buat teman-teman seperjuangan yang telah menamatkan zaman bujang. Kalian telah menunaikan satu lagi sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga ikatan ini akan berkekalan dan meneruskan mata rantai perjuangan Baginda bagi menegakkan Islam di muka bumi ini.

Melihat saya yang tekun mengadap buku tersebut membuatkan Ma membuka petuanya.

“Dalam membina kebahagiaan rumah tangga, suami isteri mesti saling bertimbang. Buat apa yang dia suka, jauhkan apa yang dia benci selagi tak bertentangan dengan agama. Itu sahaja resepi kami orang dulu-dulu”

Kata Kak Han, kakak sulung saya dan satu-satunya kakak yang saya ada “Grad, kerja, ada duit baru nikah.”

  • Bersyukurlah kepada orang yang menyakiti hati kita kerana dialah yang menabahkan hati kita,
  • Bersyukurlah kepada orang yang menipu kita kerana dialah yang meningkatkan pengetahuan kita.
  • Bersyukurlah kepada orang yang tidak mengendahkan kita kerana dialah orang yang memupuk kita agar berdikari.
  • Bersyukurlah kepada orang yang menyeksa kita kerana dialah orang yang menguji kesabaran kita.

Sehingga 23 Ogos 2009, buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah sukar didapati di kedai buku rangkaian MPH. Jika ingin memiliki Bagaikan Khadijah di Hati Rasullulah secara online, Klik di sini.
——–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: