30 strategi menjadi individu berpengaruh

1

September 4, 2009 oleh zamrimohamad


Buku terbaru Zamri Mohamad dan Haeqal Zulqarnain

“Pengaruh adalah gagasan yang didorong dengan kekuatan pemikiran yang mendominasi seluruh jiwa raganya.” Huzaidi Hadis

Ramai orang percaya jawatan dan kedudukan sebagai prioriti nombor satu bagi membina pengaruh. Tanpa jawatan, tidak ada pengaruh. Itu definisi mudah yang dipropagandakan. Bermula sebagai andaian, ia menjadi kebenaran yang tidak dibuktikan.

Lima tahun sebelum buku ini ditulis, ada seorang yang berkedudukan dalam kerajaan bersara dari jawatan tinggi. Isteri kepada orang berpangkat ini bercerita, “Dahulu ketika suami masih dalam kedudukan, rumah kami penuh hamper pemberian hadiah daripada rakan-rakan sejawat. Selepas bersara, kami tidak terima hamper sebanyak dahulu. Dalam sekelip mata sahaja. Masing-masing senyap sahaja.”

Kita mungkin ketawa pada keluhan wanita ini. Apalah yang ada pada hamper yang tidak semahal mana dan dapat dibeli di pasaraya.

Tetapi wanita ini melihat hamper yang diterimanya sebagai kayu ukur kuasa dan pengaruh yang masih bersifat magnetik dalam hidup mereka.

Dia percaya kurangnya hadiah hamper dari rakan-rakan sejawat dalam kedudukan yang setara, bermakna sudah kurang pengaruh dan hormat orang pada suaminya.

Kami mendengar cerita ini dan berfikir betapa mudah kuasa pengaruh dan pesona individu pegawai tinggi ini berkurangan sama seperti kurangnya hamper yang diterima sebelum ini.

—–

Meskipun beliau seorang yang berpendidikan tinggi, menjawat jawatan yang berpengaruh, melatih beribu orang menjadi pegawai, sebenarnya beliau tidak menjadi inspirasi kepada yang lain.

Ini dapat dilihat melalui perbualan ahli keluarga mengenai usaha mencapai cita-cita hidup dan menjadi individu yang berketrampilan. Tidak ada ahli keluarga dan saudara mara menyebut nama beliau sebagai contoh inspirasi.

Kami percaya beliau seorang yang baik. Tetapi beliau tidak berpeluang mempelajari seni membina pengaruh yang jauh lebih kekal berbanding kekalnya seseorang duduk dalam jawatan tinggi.

Cerita beliau membuat kami terfikir apa yang menyebabkan kita mudah diinspirasi, terdorong dan bercita-cita menjadikan seseorang itu sebagai model menjadi individu yang lebih baik.

Apakah kuasa pengaruh yang digunakan sehingga berjaya memberi inspirasi ketika hidup mahupun ketika tiada lagi. Kuasa pengaruh yang dimiliki memberi kesan baik kepada keluarga dan rakan-rakan meskipun individu itu sudah tidak ada lagi.

Cerita bekas pegawai tinggi ini jauh berbeza berbanding cerita seorang lelaki yang miskin, tidak berpendidikan tinggi malah cacat kakinya.

Hidup dan mati beliau memberi pengaruh besar kepada orang lain kerana satu sumbangan kecil yang diberikan. Kisah ini dan resipi pengaruh yang digunakan kami dedahkan dalam satu bab khusus buku ini.

Buku ini ditulis bagi mendedahkan amalan yang dilakukan oleh pelbagai individu biasa-biasa dan tokoh dunia yang berjaya mencipta pengaruh tersendiri dan memanjangkan hayat pengaruhnya.

Kita tidak dapat lari daripada melihat sejarah individu-individu ini bagi mempelajari resipi kejayaan membina pengaruh yang positif.

Pentingnya sejarah mereka dan belajar daripada hidup mereka disebut oleh Malcom X seperti berikut, “Dengan menjadikan sejarah lalu sebagai kelengkapan diri, kita dapat merancang masa depan kita. Jika kita tahu mana kita sebelum ini kita dapat dapat tahu di mana kita sekarang dan di mana kita akan pergi selepas ini.”

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis untuk semua. Membuang segala mitos bahawa pengaruh adalah warisan dan bersifat ajaib hanya untuk sesetengah individu.

Pengaruh alat membongkar potensi diri dan orang lain

Pengaruh menjadi tool atau alat yang mendorong diri dan orang lain membuat keputusan, memenuhi tanggungjawab dan mengubah seseorang dari satu kedudukan ke satu kedudukan lain.

Kita memerlukan satu model yang bagi membina dan mengurus pengaruh. Pada peringkat umur dan peranan sosial yang pelbagai, pengaruh adalah satu elemen yang perlu ada bagi memenuhi keperluan tertentu.

  • Seorang bapa menggunakan pengaruh ke atas anak-anak apabila mendidik mereka bagaimana membuat keputusan dalam hidup.
  • Seorang suami menggunakan pengaruh bagi mencipta keyakinan dalam hati isteri untuk sama-sama memperjuangkan apa yang dia percaya.
  • Seorang ketua organisasi menggunakan pengaruh bagi memastikan semua orang di bawahnya bekerjasama mencapai matlamat.
  • Seorang imam ketika solat mempunyai pengaruhnya sendiri sehinggakan orang lain percaya, suka dan bersedia dipimpin oleh beliau ketika sembahyang berjemaah.
Pengaruh menjadi ibadah dan insuran sosial jika kita tahu apa dan bagaimana ia perlu dilakukan. Pengaruh menjadi beban dan tekanan jika ia digunakan bagi kepentingan yang jelas melanggar moral yang sepatutnya diimbangi sebaik mungkin.

Trilogi membongkar rahsia pengaruh

Buku ini adalah trilogi kepada dua buah buku siri streetsmart terdahulu. Ia bermula dengan Mempengaruhi Bos Gaya Streetsmart. Ketika menulis buku ini, kami mendapati kuasa pengaruh adalah kuasa dalam diam.

Tanpa sedar kita memiliki kuasa pengaruh pada peringkat yang berbeza. Ia digunakan dalam interaksi sosial dan mengembangkan potensi diri individu. Ia menjadi elemen dalam diri pemimpin sebagaimana disebutkan oleh John Maxwell.

Selepas itu kami menulis sebuah buku berjudul Mengurus Konflik Gaya Streetsmart. Dalam buku ini kami mendapati individu yang dapat mengurus konflik sebenarnya berupaya memanjangkan tempoh survival dan menjadikan konflik sebagai ruang dan peluang berbanding menjadikan konflik sebagai perang.

30 Strategi Menjadi Individu Berpengaruh ditulis dalam bahasa Melayu yang mudah untuk pelbagai peringkat umur. Buku ini ditulis dengan satu tujuan sebagaimana disebut oleh Azree Hanifiah, salah seorang petugas World Assembly of Muslim Youth, iaitu kami mahu mendedahkan rahsia, “Kuasa pengaruh yang menyentuh emosi, membangkitkan semangat spiritual dan memberi kesedaran.”

ZAMRI MOHAMAD
HAEQAL ZULQARNAIN

30 strategi menjadi individu berpengaruh | Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur PBAKL 2010

—–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “30 strategi menjadi individu berpengaruh

  1. syahrulnizam berkata:

    Semoga buku berkaitan daya pengaruh mendapat tempat di hati pembaca.

    http://www.syahrulnizam.com/2009/09/30-strategi-menjadi-individu.html

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: