Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih

Tinggalkan komen

September 12, 2009 oleh zamrimohamad


Petikan KOSMO

LONDON – Seorang pesara guru, Valerie Hemsley-Flint berbelanja sehingga £500 (RM2,914) untuk membeli lebih 1,000 mentol lampu pijar untuk digunakan ketika dia membaca buku bagi tempoh 30 tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Tindakan Hemsley-Flint, 62, menyimpan mentol 100 watt itu berikutan langkah Kesatuan Eropah (EU) yang mewajibkan penggunaan mentol jimat tenaga mulai 1 September lalu.

Pada tarikh sama, negara-negara EU diharamkan mengimport dan melarang penjualan mentol pijar.

Menurut Hemsley-Flint, mentol jimat tenaga itu tidak sesuai untuknya kerana ia mencetuskan penyakit sawan yang dialaminya.

“Saya membuat perkiraan jika saya hidup sehingga 90 tahun seperti ibu saudara saya, saya memerlukan bekalan mentol untuk 30 tahun.

“Kini saya menyimpan 1,100 biji mentol dalam stor rumah saya,” katanya.

Penduduk di Eropah digesa untuk menggunakan lampu jimat tenaga yang hanya memerlukan 23 watt tenaga elektrik tetapi mengeluarkan cahaya bersamaan 100 watt mentol jenis pijar. – Agensi

Ada komen? Lontarkan di sini

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 361,102 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: