Sembilan cerita di Aidilfitri

1

September 21, 2009 oleh zamrimohamad


Tanya anak buah saya berumur 10 tahun kepada ayahnya, “Ayah kenapa ramai orang di kubur. Wajib pergikah setiap pagi raya?”
Jawab ayah, “Kita ke kubur sebagai kasih sayang kita pada mereka. Pada hari ini seksa kubur sudah kembali. Doa ahli keluarga dapat mengurangkan beban itu. Keduanya, tanda kasih kepada diri kita, ingatan kita juga akan bersama mereka.”

Lampu merah bertukar hijau, kenderaan yang berhenti lama di simpang bergerak kembali.

“Tapi kita mesti datang sebagai tetamu yang beradab. Iaitu dengan menutup aurat dan menjaga pergaulan,” sambung si ayah.

——

Cerita dua

Apabila berada di rumah itu. Saya melihat episod cerita lama. Dahulu penghuni rumah ini adalah guru kepada ibu saya, ketika mana mereka menggunakan papan batu dan kapur sebagai pen dan buku nota pelajar.

Hari ini saya adalah anak kepada ibu itu melihat wajah guru yang pernah mengajar ibunya 50 tahun lampau. Guru ini jugalah yang menandatangani borang ketika kemasukkan saya ke universiti.

Malam ini kami bertakbir di rumahnya.

Ya Allah besar jasa guru ini pada keluarga saya.

——-

Cerita tiga

Baru selesai takbir dari rumah ke rumah sejak jam 8.30 malam sehingga 12.30 malam. Di sini hujan renyai-renyai. Dari rumah berkeluarga, yang hanya ada nenek tua, cikgu kepada ibu saya ketika kecil dan jiran-jiran semuanya kami jengah. Cuma sudah kurang orang tua. Mungkinkah tradisi ini akan hilang selepas ini?

Terima kasih atas kiriman sms rakan-rakan.

——-

Cerita empat

Saudara saya di UIA, Ubaida M.A Al Qudsi , bekas pelajar UIAM di kuliah yang sama (komunikasi) yang bakal konvo tahun ini selepas Eid dilaporkan syahid di Palestin selepas dua minggu cedera ditembak tentera Israel. Beliau penggerak aktif Al Aqsa Society.

Beliau ditembak 6 kali di perut dan kepala. Semoga rohnya ditempatkan Allah bersama roh para syuhada.

——-

Cerita lima

Dalam Remaja@PTS One, saya menulis satu episod cerita benar hari raya yang berlaku kepada rakan saya lama dahulu. Kisah Mek Senah Pening Kepala Lagi yang berhadapan dengan sikap cucunya. Serta beberapa buah cerita pembangunan jiwa yang pasti menyeronokkan hati anak dan adik yang mendapat buku ini sebagai duit raya.

Dapatkan di kedai buku berdekatan.

Pos Malaysia baru sahaja menghantarnya lima minit lalu. Terima kasih kepada tim PTS One iaitu Cik Puan Mazlia Murad, Puan Rafiza, Cik Puan Haryani Kamilan, Cik Puan Husna Adnan dan Tuan Nor Azri Nor Azmi atas kiriman buku dan surat cetakkan komputer canggih yang tidak memerlukan tandatangan.

———-

Cerita enam

Tip membina pengaruh ketika hari raya

Rene Descartes adalah seorang ahli matematik, saintis dan tokoh falsafah yang masyhur berbangsa Perancis

Dalam kemasyuhuran dan keupayaan intelek beliau yang diraikan seluruh dunia. Beliau memberi nasihat iaitu menghormati kepercayaan dan nilai kebaikan seorang kanak-kanak.

Nasihat ini berkait rapat dengan pengalaman hidup Descartes ketika kecil. Pada satu hari, salah seorang saudara maranya berkata bahawa ahli keluarga yang lain akan datang ke rumah pada hari itu. Descartes disuruh memakai pakaian yang cantik bagi menyambut kedatangan ahli keluarga seorang lagi.

Gelagat Descartes menjadi jenaka kepada saudara maranya. Rupa-rupanya ahli keluarga yang disebut tidak muncul sebaliknya ia menjadi jenaka dan hiburan mereka ke atas Descartes. Mereka berbohong bagi menghiburkan diri.

Situasi ini memberi kesan pada kepercayaan Descaters terhadap orang yang lebih tua. Apabila dewasa, situasi ini memberi pengajaran pada Descartes terhadap nilai menghormati orang lain khususnya pada kanak-kanak.

Petikan buku 30 Strategi Membina Pengaruh (PTS Millenia)

——–

Cerita tujuh

Anak-anak kampung tidak bermain gitar di hujung jalan kampung menuju ke surau pada Ramadan dan menjelang Raya. Tetapi apabila sampai masanya tetap menyambut hari raya. Songkok di kepala, rambut terjurai hingga ke bahu. Rock Raya namanya! Itulah Raya 80-an. Lateral sungguh. Selamat hari raya kepada semua!

——–

Cerita lapan

Sejak kebelakangan ini, kecenderungan kakak dan abang membawa adik-adik dan anak buah ke kedai buku telah berlaku pada musim cuti raya sambil mereka berjalan di kompleks membeli belah.

Bagi mereka yang bergelar kakak dan abang yang mahu memberi Che Pau raya tahun ini.
Saya cadangkan buku berjudul Kad Raya dari Syurga (Komik-M), sebuah komik yang akan menyentuh hati adik-adik kita.

Inilah pemberian istimewa dari hati kita yang menyayangi mereka. Klik pautan.

——–

Cerita sembilan

Ada ayah dan ibu yang gembira apabila anak mereka membakar duit raya yang diberikan.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Sembilan cerita di Aidilfitri

  1. Pelet Ampuh berkata:

    Benar-benar meng-inspirasi.
    Ada banyak manfaat yang bisa kita petik dari sepenggal cerita diatas.
    Salam SUPER…!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: