Tip Penulisan Diari | Dorong, rangsang dan rahsia

3

September 27, 2009 oleh zamrimohamad


Menulis diari adalah satu praktis yang dilakukan majoriti pemimpin dunia. Kajian mendapati individu yang menulis diari 12 peratus lebih bahagia.

Diari penulis mengandungi perkara-perkara terbaik yang berlaku dalam hidupnya. Juga intipati pertemuan dengan orang lain di sekitar.

Ia dapat dijadikan bahan penulisan rencana atau buku. Jangan direkod, jangan ditulis catatan malang, negatif dan aib diri. Ia memberi kesan kepada imej diri pada masa akan datang. Malah, agama kita melarang perkara aib didedahkan. Cukup dengan azam dan bersungguh-sungguh berubah.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

3 thoughts on “Tip Penulisan Diari | Dorong, rangsang dan rahsia

  1. drbubbles berkata:

    Terima kasih tuan di atas entri ini.

    Saya pernah membelek jurnal lama yang ditulis sekitar tahun 2001. Dalam catatan itu, saya melakar gambar badut dan menulis,

    "Saya ingin jadi badut pada suatu hari nanti".

    Kerana tulisan dan lakaran gambar itu, akhirnya saya dapat belajar dan menjadi badut dua tahun selepas itu.

  2. thanaif berkata:

    Terapi psikologi menerusi penulisan dari pengalaman pahit seseorang tidak merupakan penderaan ke atas jiwa pencatatnya tetapi lebih kepada etika erti dan makna rahsia yang tidak dikongsikan bagaimanakah ia menjadi kesalahan apabila ia diketahui melalui pencerobohan.

    Adakah kemudahan IT dan pasarana satelit bermatlamatkan tiada sempadan bermakna tiada undang-undang untuk dihormati?

    Adakah ancaman menjadi asas melahirkan kepercayaan atau budaya tanpa setiakawan yang tidak memerlukan 'standart' moral berpengetahuan?

    Merujuk hasrat wanita kita yang mahu dihukum menurut syariat ia tidakkah merupakan keinginan dari rasa keimanan?
    Apabila wanita muslim merintis perlaksanaan syariat adakah wajar dilihat aib lakunya atau kesungguhannya ingin membesarkan syariat itu sendiri?

    Sehingga bilakah empat saksi bagi pertuduhan zina muslimin, qazaf, pengambilan rasuah dan riba perlu dikutip pungutan pandangan masyarakat dunia terlebih dahulu baru dimuktamadkan hukumannya menurut syariat?

    Apabila tidak ada pengakuan perlakuan dosa yang diakui upayakah perlaksanaan syariat dilaksanakan?

    Lantas adakah wajar lelaki muslim berasa tercabar egonya oleh pengakuan dosa wanitanya?

    Mohon tunjuk ajar.

  3. AloNg CaPR berkata:

    Memang benar dalam Islam sendiri melarang kita untuk membuka aib sendiri. Rasulullah s.a.w sendiri menyuruh sesama muslim agar kita menjaga aib muslim yang lain.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: