Kami tidak sabar bertemu bakal penulis popular di Malaysia

Tinggalkan komen

Oktober 7, 2009 oleh zamrimohamad


Subject: Per: Kami tidak sabar bertemu bakal penulis popular di Malaysia.

Assalam alaikum wbt

Setiap hari kami berdebar dan ternanti-nanti, kini kurang seminggu pertemuan paling bersejarah dalam hidup kita akan terjadi. Hanya dua hari sahaja lagi! Kami tidak sabar ingin bertemu bakal penulis popular di Malaysia.

Siapa?

Anda!

Ya, andalah kami maksudkan!

—–

Terima kasih kepada mereka yang telah mengesahkan kehadiran ke Seminar Penulisan Popular 2009.

Seminar yang terpenting tahun ini akan mendedahkan pengalaman kerja, hobi dan bisnes menjadi sebuah buku.

—–

Apa yang berlaku kepada saya selepas seminar sehari ini?

  • Bisnes saya ada jalan untuk berkembang, “Buku yang saya tulis menjadi bahan promosi perniagaan saya berkali-kali.”
  • Meningkatkan kredibiliti, “Pandangan saya di tempat kerja dihargai. Buku telah mengubah persepsi mereka terhadap saya.
  • Memberi ruang kepada saya berkongsi kemahiran kepada para pembaca,
  • Sumber pendapatan halal untuk saya dan keluarga bertambah!
  • Isteri dan anak saya tersenyum melihat nama saya terpampang pada kulit buku. Anak saya sambil menunjukkan nama saya, “Ini tulisan ayah!”
  • Kawan-kawan sangkakan saya seperti orang biasa lain sehinggalah mereka berkata, “Eh, ini nama rakan kita! Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi!”

——

Seminar ini buat julung-julung kalinya diadakan bersempena dengan Pesta Buku dan Penulisan 2009.

Ia diadakan seiring dengan Pesta Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 2009.

Ia diadakan berdasarkan butiran berikut :

Tarikh : 10 Oktober 2009
Tempat : KAED Auditorium, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Akademi Penulis akan berkongsi maklumat bagaimana anda dapat menghasilkan sebuah karya popular yang mampu menjadi karya terlaris dalam pasaran.

——–

Rahsia ini akan dikendalikan oleh dua orang jurulatih berpengalaman iaitu

  • Tuan Fauzul Na’im Ishak, Pengurus Besar Penerbitan Kumpulan PTS merangkap jurulatih utama Akademi penulis. Beliau telah membimbing dan melatih 1000 orang penulis dan melahirkan ramai penulis bestseller!
  • Saudara Zamri Mohamad, jurulatih kanan di Akademi Penulis. Beliau telah menghasilkan 13 buah buku dalam tempoh tiga tahun sahaja!

—————-

Strategi yang akan diberikan adalah :

  • Motivasi Penulis : 5P : Formula Menjadi Penulis Bestseller
  • Bagaimana Menjaga Hak Cipta dan Hak Penulis
  • Teknik Penulisan Berkuasa Tinggi : KJ Metode
  • Bagaimana Memasarkan Buku Cara Berkesan

—————

Yang lebih menarik adalah, kerjasama antara universiti dan kami menjadikan seminar ini mengenakan yuran yang minima dan menarik.

Hanya RM 250 untuk orang awam dan RM 150 untuk para mahasiswa dan pelajar.

Tetapi maaf!

Tempat adalah terhad.

Inilah satu-satunya seminar yang diadakan khusus bagi mencipta jalan memenuhi impian anda.

—————-

  • Hubungi saudara Abdul Qahhar sekarang di talian 013 628 8614 ataupun 03 4149 2560 ataupun emailkan kepada latihan@akademipenulis.com.

Berjumpa kita pada 10 Oktober 2009!

P/S: Ramai tidak menyedari mereka telah didedahkan teknik menulis sejak di sekolah, universiti dan di tempat kerja. Tetapi mereka tidak diberitahu (dirahsiakan) bahawa apa yang mereka buat selama ini dapat diubah menjadi sebuah buku yang membina reputasi dan kredibiliti mereka dalam kerjaya dan bisnes. Bagaimana? Kami akan mendedahkan rahsianya. Sahkan penyertaan sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: