Apa kata Harian Metro mengenai buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah?

Tinggalkan komen

Oktober 17, 2009 oleh zamrimohamad


Hari ini saya menerima respon daripada pembaca buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah, iaitu daripada Cik Puan Hafdzarina Abdul Aziz yang berasal dari Senai, Johor. Imej di atas merupakan petikan yang diambil dari sembang maya Facebook penulis. Klik imej bagi paparan lebih jelas.

Pada hari Jumaat, Harian Metro turut menyiarkan ulasan buku Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah. Berikut merupakan salinan ulasan buku tersebut.


Ulasan Buku: Cinta sebagai ibadat penuhi kekosongan jiwa

Tajuk: Bagaikan Khadijah di hati Rasulullah
Penulis: Zamri Mohammad dan Imran Yusof
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Harga: RM19.50/RM 21.50 (Sabah & Sarawak)
Muka Surat: 304 halaman

“PINTU tidak akan terbuka, tanpa ada orang mengetuknya. Begitulah pintu hati, kita perlu mengetuk dengan lembut untuk masuk menyentuh hatinya. Istimewa ditulis buat dirimu yang sedang menatap buku ini.”

Selepas menyelak halaman pertama buah tangan dua penulis ini, membuka satu pandangan baru mengenai dunia kasih sayang yang bersifat segar dan kontemporari.

Mereka (penulis) adalah daripada dua generasi berbeza membincangkan bagaimana menjadikan cinta sebagai ibadat dalam memenuhi kekosongan jiwa, mendorong kebaikan, membuka pintu kasih, mencurahkan rahmat Tuhan dan tiket untuk bertemu semula di ayurga.

Selepas membuat carian di Google, ternyata buku ini mampu mengumpul peminatnya tersendiri dan sebagai terdapat beberapa blog mula membincangkan karya berkenaan terutama golongan kaum hawa.

Buku ini amat sesuai dijadikan bahan bacaan wajib bagi pasangan muda yang bakal meniti alam rumah tangga. Tidak keterlaluan jika buku ini dilabel sebagai ‘kit survival’ kepada wanita Muslim moden untuk membina istana bahagia.

Malah, pasangan pengantin baru boleh juga menjadikan buku ini sebagai barang hantaran dalam majlis perkahwinan mereka sebagai simbolik sebelum melayari bahtera hidup yang memerlukan banyak pengorbanan.

Antara kelebihan hebat buku ini adalah ia hasil nukilan serta sentuhan suara hati lelaki kepada wanita dalam memberi formula perhubungan cinta abadi.

Satu demi satu jiwa disentuh bagi membuka resipi kejayaan dalam membina cinta supaya kekal dalam perhubungan.

Kedua-dua penulis meyakini bahawa wanita dalam cabaran dunia moden setiap daripada kita masih mempunyai kelebihan bagi membina cinta sehebat Khadijah.

Ini termasuk memberi ramuan kebahagiaan dalam dunia cinta dan perkahwinan yang diadun dengan keseronokan dalam berkasih sayang.

Formula kasih inilah yang menjadi pencetus kasih serta melakarkan contoh ikutan terbaik dari pemimpin ulung (Nabi Muhammad) kepada umatnya.

Pendek kata, setiap insan layak bercinta kerana ia fitrah namun perlu disulami dengan nilai yang jelas dan tidak hanya dijadikan permainan.

Menjadi bayangan Khadijah yang menjadi ingatan dan sebutan di bibir dek kerana kesopanan serta limpahan kebaikan yang lahir dalam dirinya.

Justeru, ia amat sesuai dijadikan bacaan oleh penganjur dalam kursus perkahwinan yang diadakan sebagai nilai tambah untuk memanjangkan usia cinta di dunia hingga membawa ke syurga.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: