Tekan butang emosi dan butang logik

1

Oktober 17, 2009 oleh zamrimohamad
















Alhamdulillah, sebentar tadi baru selesai kursus separuh hari, Copywriting: Skrip Jualan untuk akhbar, majalah dan web. Sebuah program komuniti yang dianjurkan di pejabat kami di Wangsa Melawati. Sejak jam 9.00 pagi tadi, peserta didedahkan kepada 8 asas keperluan manusia, mengenalpasti butang emosi dan butang logik serta pendekatan psikologi yang digunakan dalam seni skrip jualan.
Program komuniti ini akan diadakan dari masa ke semasa.

Tahniah kepada semua peserta yang sebenarnya menjadi star dalam bengkel ini. Mereka sama-sama membuat bedah siasat dalam iklan dan mengenalpasti apakah elemen yang boleh digunakan bagi dimasukkan ke dalam iklan.

Satu tip yang didedahkan dalam bengkel mini ialah pemilihan nama Jus Tok Guru dan duta produk Quaker Oats ada berkaitan dengan teknik Credibilty by Osmosis.

Peserta dari Sabah, sanggup merentasi Laut Cina Selatan semata-mata mahu mempelajari seni skrip jualan. Moga-moga perjalanan yang jauh itu juga membawa beliau jauh ke hadapan dalam apa jua diusahakan. Terima kasih!

Tidak dilupakan para peserta yang datang awal dalam keadaan bersemangat (sehingga saya pun merasainya) dan memilih slot pagi ke kursus penulisan skrip jualan. Semoga usaha mereka diraih melalui rezeki halal yang berkat dan berlipat ganda daripada Allah.

Informasi kursus penulisan skrip jualan bagi mempromosi bisnes di akhbar, majalah dan online kini disiarkan melalui Facebook. Klik di sini.

Dr Bubble atau Tuan Iskandar Syah juga hadir dalam bengkel ini. Saya amat berbesar hati dengan kehadiran beliau ke program ini.

Beliau antara orang yang aktif dalam aktiviti sukarela khususnya projek perpustakaan anak yatim.

Beliau menggunakan pendekatan badut sebagai hiburan jiwa kepada kanak-kanak penghidap kanser yang ditempatkan di hospital. Kaedah terapi badut menjadikan hospital lebih ceria dan interaktif.

Banyak perkara yang dikongsikan selepas bengkel. Antaranya

“Dalam sejarah, badut adalah alat sosial dalam istana bagi menegur raja.”

“Nama yang diberi kepada badut mempunyai karakter tersendiri. Ia perlu dihayati dan difahami.”

“Nasihat pensyarahnya di luar negara agar beliau keluar mencari apa yang menjadi minatnya dan tidak menjadi sepertinya (pensyarah). Kekal terhenti di situ.”

“Dunia badut bercerita mengenai bagaimana kita menghadapi kegagalan hidup. Bukankah badut sentiasa membuat silap dan membetulkan kesilapan dalam persembahan?”

Cerita perjalanan mencari apa yang dapat didedikasi dalam hidupnya cukup memberi inspirasi kepada saya.

Inilah cerita yang wajib ditulis bagi memberi inspirasi kepada orang lain.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

One thought on “Tekan butang emosi dan butang logik

  1. Vodlafin berkata:

    tajuk entri tuan ini sangat 'catchy'…tertarik saya dengannya..hehe

    bengkel yang tuan jalankan juga menarik..teruskan memberi inspirasi, ya! (^_^)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: