Sudah potong atau ‘connection’

Tinggalkan komen

Oktober 24, 2009 oleh zamrimohamad










Tiga hari lalu berlangsung bengkel Copywriting PTS. Pengenalan asas kepada copywriting. Disertai para pegawai pemasaran yang kreatif dan para editor yang proaktif dalam penghasilan buku bermutu. Saya dijemput bagi memberi pembentang bagi mendedahkan apakah amalan peniaga-peniaga bagi menarik pelanggan menggunakan iklan yang dihasilkan.

Bengkel ini memperkenalkan 8 emotional button, 9 logical button dan dua daripada 17 psikologi pembeli. Apa yang dilihat pembeli apabila membaca iklan. Pendedahan amalan pengiklan tempatan dan luar negara. Juga bagaimana ia diserapkan dalam kempen pengiklanan.

————

Bengkel komuniti separuh hari untuk orang awam akan dibuka semula tidak lama lagi. Kami akan dimaklumkan melalui Facebook. Bengkel komuniti hanya mengenakan caj untuk tempat dan keperluan multimedia sahaja. Iaitu sejumlah RM50.00. Yuran professional penceramah adalah percuma.

Ini adalah salah satu daripada khidmat komuniti yang kami sediakan bagi mereka yang mahu mempelajari psikologi skrip jualan berkesan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka. Jumlah peserta hanya lapan orang sahaja bagi kefahaman dan latihan praktikal yang maksima. Rujuk entri ini.

————-

Ketika ini saya sedang mengkaji gelagat iklan di televisyen.

Antaranya, dalam tip skrip jualan, menggunakan jenaka dalam pengiklanan adalah berisiko. Lebih-lebih lagi jenama yang belum menjadi ‘institusi’ dalam komuniti pengguna. Pengguna mengingati jenaka sebagai hiburan, bukan produk yang menjadi pilihan.

1Max memperkenalkan kempen iklan ‘Potong’ manakala TM menjawab kembali dengan kempen iklan ‘Connection’ yang memaparkan ikon lelaki kertas yang berusaha bertemu ikon perempuan kertas di pejabat seberang jalan. Mana satu yang menyentuh hati anda sebagai penonton? Mana satu yang akan mendorong anda percaya produk yang ditawarkan lebih dekat kepada anda? Iklan P1Max Potong atau TM ‘Connection’

Apa pandangan rakan Facebook kita?

Klik untuk paparan imej yang jelas

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,066 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: