Mini Parlimen | Menjadi ‘wakil rakyat’ 23 tahun lalu

3

November 13, 2009 oleh zamrimohamad


Ini adalah Mini Parlimen tahun 1986 yang berlangsung di Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Saya terlibat dalam Mini Parlimen. Diterajui oleh Tuan Jamal Mohammed sebagai Speaker Dewan.

Ia dirasmikan oleh Tun Dr Siti Hasmah. Mini Parlimen menjadi ruang bicara spontan tanpa skrip yang meluahkan apa yang terkandung dalam fikiran kami.

Jari kanan saya cedera kerana bermain api di kampung. Maka, saya satu-satunya berikrar menggunakan tangan kiri dan disiarkan dalam RTM1 ketika hari kemerdekaan pada tahun itu.

Ingin mencari semula keratan akhbar tahun 1986.

Terima kasih kepada Puan Sheila Jamal yang memaklumkan perkembangan terkini Tuan Jamal Mohammed, Speaker Dewan ketika saya menjadi ‘wakil rakyat’ 23 tahun lalu.

Petikan ucapan Tun Dr Siti Hasmah, “Ambilah peluang ini untuk membincangkan isu-isu kepentingan kanak-kanak. Bincang isu-isu kepentingan negara dan keluarkan pendapat mengenai masalah-masalah yang dihadapi oleh negara dan rakyat Malaysia, dari kaca-mata kanak-kanak.” Ketika itu saya berumur 6 tahun dan menjadi ahli Parlimen dalam Mini Parlimen. Itu adalah ucapan perasmian dewan 1986.

———–

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

3 thoughts on “Mini Parlimen | Menjadi ‘wakil rakyat’ 23 tahun lalu

  1. an-nidxam berkata:

    ni parlimen kanak-kanak yang dulu popular di tv1 kan? aku minat giler dgn program ni dulu.. tp dah x igt apa kesudahannya skg.. bertuah ko zamri dpt jd sebahagian dpd program yg aku minat ni hehe

  2. rafeedah Kamarulzaman berkata:

    Hi zamri. Sy rafeedah. Penah jadik speaker pihak pembangkang. Agak2 u ada tak full video of mini paelimen 1986 or koleksi gambar mini parlimen. Thanks.

  3. Ruby Amin berkata:

    Klu x salah ni tahun 1988. Anak saya ada terlibat. Masa ni di dewan Jubli Intan Johor Bahru. Rakanan Dan Sambutannya dibuat di Johor. Maaf klu tersilap, kerana barisan depan yg menoleh ke belakang tu ank saya

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,080 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: