Bagaikan Aisyah | Apa yang didengar, dilihat dan di hati

Tinggalkan komen

November 19, 2009 oleh zamrimohamad


Hawa berkata kepada suaminya, “Begitu banyak sekali abang belikan buku untuk saya. Tidakkah membazir kerana yang abang beli bulan lepas pun belum selesai saya mengkajinya.”

Adam menjawab, “Apabila kita membeli buku yang bermanfaat tidak ada istilah membazir. Lagi pun abang tahu orang wanita akan berasa rugi apabila buku yang dibeli tidak dibaca. Sebab itulah orang wanita lebih suka membeli buku kecil dan nipis, manakala orang lelaki pula membeli buku sebagai simbol status intelek, jadi mereka lebih suka membeli buku yang tebal, lebih-lebih lagi yang berkulit tebal.”

Hawa berkata, “Tetapi sekiranya novel cinta kami sukakan buku yang tebal. Banyak peristiwa dan plotnya pun kompleks, baharulah puas emosi.”

Adam memotong, “Dan lebih banyak kali menangis!”

Hawa tertawa dan berkata, “Aisyah isteri nabi Muhammad ialah seorang wanita yang pintar, bukan begitu?”

Adam menjawab, “Benar, sayang. Di kalangan isteri-isteri nabi, beliaulah yang paling banyak menghafal hadis.”

Hawa berkata, “Jika setakat menghafal hadis, Abu Hurairah juga banyak menghafal hadis.”

Adam berkata, “Aisyah bukan hanya menghafal hadis, malah beliau seorang yang arif dalam mengupas hukum-hakam. Ketika Ziyad ditanya oleh Khalifah Muawiyah siapakah yang paling alim, beliau berkata, “Yang paling alim ialah tuan.” Lalu Khalifah Muawiyah bertanya, ”Silalah beritahu sebenar-benarnya siapa.” Ziyad pun menjawab, ”Jika saya diarahkan berterus-terang, saya akan katakan orang yang paling alim ialah Aisyah.”

Adam diam seketika, kemudian menyambung, ”Lagi pun Urwah bin Zubair, iaitu salah seorang sahabat nabi Muhamad yang rapat pernah melaporkan bahawa dia tidak pernah bertemu orang yang lebih tahu tentang hukum halal haram, syair dan cara pengubatan selain daripada Aisyah. Jadi tidak hairanlah apabila ramai sahabat Nabi sering bertemu beliau untuk menyanyakan tentang ilmu dan hukum hakam. Apabila seseorang itu menjadi tempat rujukan orang lain, maka ternyata beliau seorang yang alim dan pandai.”

Hawa berkata, “Jadi sebab itulah abang membelikan saya lebih banyak buku?”

Adam menjawab, “Kita hanya dapat mengeluarkan ayat-ayat yang bagus apabila di dalam ingatan kita tersimpan ayat-ayat yang bagus itu. Bagaimanakah pula kata-kata bagus dan indah tersimpan dalam ingatan kalau tidak dari bahan-bahan yang kita sering dengar, lihat dan yang kita baca.”

Hawa berkata, “Apabila kita banyak membaca bahan gosip dan fitnah maka bahan gosip dan fitnah juga yang akan tersimpan dalam memori kita dan ayat-ayat gosip dan fitnah juga yang akan kita keluarkan apabila bercakap.”

Adam berkata, “Benar sekali! Apabila kita sering membaca puisi, pantun dan gurindam maka kata-kata kita pun seperti sasterawan pula. Apabila kita sering membaca dan memahami isi Al-Qur’an maka kita pun akan berhujah dengan hujah Al-Qur’an. Apabila kita sering membaca buku bisnes, maka pertuturan kita pun seperti seorang orang berniaga.”

Hawa tersenyum, melihat bayangan Aisyah pada dirinya. Menjadi pemikir buat Adam yang dikasihi, pendorong akal yang tidak putus idea. Perlahan-lahan Hawa mengambil buku-buku yang masih dipegang Adam. Dibelek satu persatu sambil tersenyum. Adam berasa hairan. Apa yang bermain dalam fikiran isterinya.

Nota: Sebarang komen dan perkongsian serta respon terhadap artikel ini dialu-alukan
——-

Mengenai penulis

Siapakah Imran Yusuf?

Imran Yusof

Dilahirkan pada 2 Disember 1958 di Kelantan. Seorang Bussines Analyst yang turut aktif dalam program kemasyarakatan. Mempunyai jiwa seni bahasa dan cenderung kepada insan dan alam sekitar.

Beliau menjadikan dunia internet sebagai dunia interaksi global. Buku pertama beliau menerima sambutan, Tip-Tip Poligami: Di Bawah Payung Aishah dan ia tidak berhenti di situ sahaja. Buku ini pernah muncul dalam beberapa drama dan telemovie di Astro dan TV3.

Kemudian diteruskan dengan buku kedua berjudul Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Business Analyst yang banyak menghabiskan masa di dalam dan luar negara telah mendedahkan beliau kepada pelbagai ragam manusia baik yang belum berkahwin mahupun yang sudah berkeluarga.

Peluang bekerja di luar negara memberi beliau pengalaman baru bagi membandingkan budaya kekeluargaan tempatan dan luar negara. Antara lokasi yang menjadi tempat persinggahanya ialah London, Jakarta, Rotterdam, Istanbul, Sydney dan Melbourne.

——

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,186 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: