Penulis berbakat berusia empat tahun menulis di atas buku tulisan saya

Tinggalkan komen

November 25, 2009 oleh zamrimohamad


Info sisipan

  1. Berita terkini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010 bermula pada 19 Mac sehingga 28 Mac 2010
  2. Sejumlah 14 buku tulisan Zamri Mohamad terbitan PTS Publication and Distributor akan menemui pembaca di PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2010(KLIBF 2010)
  3. Buku tulisan Zamri Mohamad diterbitkan di bawah anak syarikat PTS iaitu PTS Millenia, PTS Professional, PTS One. Antara anak syarikat lain di bawah PTS ialah PTS Islamika, PTS Fortuna dan PTS Litera
  4. Turut boleh didapati di rangkaian kedai buku MPH, MPH Online, Popular Bookstores, Bookcafe dan E-kedai.net

Teruskan membaca entri di bawah
———-
Setiap hari gadis kecil ini akan melukis dan melakar, menconteng dan mencoret apa sahaja di atas pelbagai media khususnya kertas.

Saya menyediakan kertas kosong dan kertas terpakai yang banyak untuk dia melukis sekehendak hatinya, dengan harapan dinding rumah ini selamat.

Namun harapan itu tidak sepenuhnya tercapai.

Dalam diam-diam, sebahagian dinding bilik tidurnya mula dipenuhi pelbagai mahakarya yang hanya dia memahami.

Dia seorang yang kidal, sama seperti abang Hidayatnya. Sehari dua ini dia mula belajar menulis namanya dengan lebih betul berbanding sebelum ini yang entah apa-apa.

Saya berikan dia buku kotak besar dan menulis nama pendeknya, HANESSA di dalam setiap petak. Rupanya tidak cukup satu buku, dia mengambil sendiri beberapa buku lagi dan menulis sesuka hatinya.

Dia puas berbuat begitu. Perlahan-lahan dia sudah berjaya menulis namanya sendiri walaupun saya yakin dia tidak mengerti apa yang ditulisnya itu sepenuhnya.

Klik imej untuk paparan lebih menarik

Saya baru mula membaca buku Zamri Mohamad bertajuk Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas.

Gadis nakal ini memohon izin saya untuk menulis namanya di buku itu dan saya izinkan dengan syarat hanya namanya sahaja.

Tidak lama kemudian saya terlelap dan bukan setakat nama di buku itu juga sudah penuh dengan beberapa mahakarya lagi!

Saya tidak marah, kerana dia mematuhi janji tidak melukis di muka surat lain walaupun mungkir untuk menulis nama sahaja.

Entri dipetik dari blog ini

Nota penulis Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas

Saya mahu ketawa apabila membaca entri di atas. Pada masa sama saya seronok sekali! Macam-macam cerita daripada pembaca yang dimuliakan apabila mereka membaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas. Kisah kanak-kanak 4 tahun ini satu testimonial besar dan motivasi terbaik kepada buku yang saya hasilkan bersama tim PTS. Terima kasih!

Sudahkah tuan dan puan membaca buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas? Sebuah buku yang membantu menjenamakan diri, perniagaan serta organisasi melalui penulisan di majalah dan akhbar. Klik di sini

——

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 360,141 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: