Bagaikan Aisyah | Satu bahasa dua makna dalam konflik pasangan

Tinggalkan komen

Disember 3, 2009 oleh zamrimohamad


Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Sekuel daripada buku perhubungan dan cinta Bagaikan Khadijah di Hati Rasulullah.

Seorang wanita mengadu berkaitan dengan sikap pasangan yang dianggap tidak peka dengan dirinya. Rungutan itu diluahkan kepada seorang wanita yang tidak dikenalinya dalam sebuah ruangan sembang maya. Katanya, perbualan mereka berakhir dengan pertengkaran-pertengkaran kecil.

Tambahnya lagi, meskipun berbicara dalam satu bahasa yang sama, ia tidak membantu mereka memahami satu sama lain. Ia seolah-olah bermula dari kosong. Tetapi mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain.

Dalam tempoh terdekat mereka tidak berhubungan. Masing-masing cuba mencari-cari punca utama keadaan itu. Keadaan ini sedikit demi sedikit menjarakkan hubungan mereka.

Rakan baru di talian sembang maya terus bertanya, apakah yang sering dilakukan apabila mereka berinteraksi. Katanya ;

  1. “Saya sedaya upaya menerangkannya permintaan saya secara panjang lebar supaya dia jelas dengan keadaan saya.”

Tidak semestinya mesej kita akan difahami oleh sesiapa sahaja jika disampaikan panjang lebar.

Adakalanya kita perlu melihat keadaan di mana kita perlu berkata-kata atau diam seketika.

Lebih banyak perkataan yang kita gunakan dalam komunikasi akan mewujudkan tekanan atau lebih banyak kekeliruan.

Sekiranya pasangan dalam keadaan keliru, marah, berkecil hati, keadaan ini akan bertambah teruk jika kita terus bersuara. Kadang kala kita perlu senyap seketika dan biarkan dirinya untuk berkata-kata.

Dalam keadaan begini, adalah baik menjadi pendengar yang baik dan menanyakan sekadar satu dua soalan dan biarkan dirinya memberi respon.

Dengan memberi respon bukan lisan seperti senyuman, pandangan yang serius, anggukan kepala tanpa sebarang perkataan keluar dari mulut sudah cukup membantu. Ia sebagai tanda kita prihatin dan sedia membantunya.

Tindak balas melalui perbuatan adalah gambaran emosi dan sikap kita terhadap masalahnya.

  1. “Tidak ada perkataan yang mengelirukan untuk si dia fahami.”
Perkataan tidak ada sebarang erti. Ia hanya menjadikan bunyi apabila disebut, tanda yang ditulis di atas kertas, karakter yang muncul di skrin komputer. Maksud sesuatu perkataan hanya diketahui oleh manusia.

Perkataan hanya sekadar simbol dan ia ditafsirkan berbeza antara seorang individu dengan individu lain.

Perbezaan budaya, latar pendidikan, pengalaman adalah penyumbang kepada pentafsiran yang pelbagai daripada individu yang berbeza.

  1. “ Apa yang kami selalu bincangkan akan menjadi sumber pertelingkahan.”
Tidak semestinya begitu. Ada perkara-perkara lain yang dapat menyebabkan proses komunikasi cinta dengan pasangan mengalami ketegangan.

Ia mungkin berpunca daripada perkara-perkara lain yang terjadi sebelum itu yang masih belum diselesaikan.

Semakin lama ia dipendamkan ia bakal menjadi letusan emosi dan memberi kesan kepada orang yang hampir dengannya.

Apa yang dibincangkan mungkin langsung tidak berkait rapat dan tidak provokasi. Kemungkinan ada perasaan tidak puas hati dan keinginan bagi mendapat situasi menang-kalah dalam interaksi mewujudkan keadaan ini.

Komen dan pandangan dialu-alukan.

Nota: Anda pembaca buku tulisan Zamri Mohamad? Klik di sini, ada berita baik untuk anda sebelum 7 Disember 2009

Zamri Mohamad adalah penulis 10 buah buku, jurulatih penulis bebas, perunding di Akademi Penulis dan jurulatih pemasaran perniagaan kecil di internet di kursusperniagaan.com dalam bidang penulisan iklan di internet. Sertai seminar, miliki buku dan ketahui lebih lanjut penulis buku di Malaysia di laman web rasmi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Jumlah Pelawat

  • 356,185 pembaca

Klik Seminar Kami

Buku tulisan saya

Kategori

Koleksi Penulisan

%d bloggers like this: